Thursday, September 17, 2009
Spy Camera Watch – All-Metal Watch With 8GB Memory
Wednesday, September 16, 2009
Monday, May 4, 2009
CERPEN ZAINI OZEA : DIA AHLI POP?
DIA AHLI POP
Berita Harian 3 Mei 2009
URL: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sastera/20090502093153/Article/
MEREKA secara kebetulan bertemu di Bangunan Satok.
“Setahu saya POP itu singkatan bagi kata popular. Jadi, penyanyi popular itu penyanyi pop. Tahun 60-an dulu kita banyak penyanyi poplah: Jefri Din, A Ramli, L. Ramli, A Rahman Hassan, Azizah Mohammad, Sanisah Huri….”
“ Ehhhh …bukan itu yang kumaksudkan….”
Perlahan, “ … dan baru-baru ini … pop ye-ye …”, dengan gerak dan gaya.
“Bukan itu.”
“Habis, apa ?”
“Persatuan Orang Pencen.” Ketawa berdekah-dekah.
“Jadi, kawan kita di Jabatan Pelajaran ‘tu tak lama lagi jadi YABlah, ya?” Ketawa lagi.
“Tidak. Saya dengar dia tidak akan bertanding. Apatah lagi jadi YAB.”
Bertambah ketawa. Didengarnya macam YB, agaknya, maka terus dijawabnya tadi.
Seorang menyampuk, “ YAB itu maksudnya Yang Akan Bersara.”
“ Oh, gitu.” Ketawa bersama-sama.
“Tidak mengapa. Dia YAB, kita pula YB.”
“YB itu apa pula?”
“ Yang Bersara.” Semua ketawa lagi.
“Yalah. Tentulah kita bukan orang pemerintah lagi ... kecuali kalau kita diambil balik bekerja. Nak jadi ahli NGO pun mestilah mendaftar…..”
Mungkin difikirnya NGO bermaksud non-government organisation.
“Bukan itu maksud dia. NGO maksudnya nadai guna orang.”
“Ohhh…., ” semakin hebat ketawa.
“
“Bermacam-macamlah. Kita ‘ni berguna tau?”
“Banyak kita boleh buat masa bersara ini.“
“Yalah, macam mana geng kita mengatakan boringlah, bosanlah ....”
“Tergantung pada bidang masing-masing.”
“Ada geng kita terus kaya dengan gratuiti, golden hand-shakenya, KWSPnya….”
“Dalam bahasa Melayunya, salam kencana.”
“Salam kencana aku dah habis. Sebelum raya pula tu. Gratuiti aku kena potong RM40,000. Bayar loan rumah, KWSP aku kena potong daripada pencen aku, RM76,000. ”
“Apa ? ”
“RM76,000.”
“Eh, apa pasal?”
“Mereka tersilap bayar. Bayar balik. Terlebih beri, wang kerajaan.”
“Jadi, kau terima berapa daripada pencen kau?”
“Zero sen.”
“Hah ? Betul? Bagaimana tu?”
“Bah, kau hidup bagaimana?”
“Nasib baik bini aku masih lagi bekerja. Anakku yang menjadi doktor pula menolong aku. Aku juga menulis sekali sekala untuk akhbar dan majalah.”
“Tentu ada usaha lain.”
“Setelah aku tulis
“ Hingga bila tu?”
“Hingga Ogos 2011.” Pandangannya kosong ke depan, tampaknya.
“Bah, mana perginya wang kau selama ini, sebelum tuntutan balik itu?”
“Waktu itu pula betul-betul persediaan untuk raya. Bayar cukai rumah, selesaikan bil telefon, bayar bil elektrik, baiki rumah. Keretaku pula hilang di KL … bermacam-macam … ahhh ... lupakan saja …. Bayar saja.”
“Takkan kau nak belanja wang itu, jika kau tahu.”
“Jika aku tahu.
“ Jadi … tak dapatlah kaya, ya ?” Bergurau.
“Tak dapatlah. Hari ini saya tak bernasib baik. Esok, entah anak saya ….”
“Engkau ni,Udin, mulia sungguh hatimu. Inilah balasan orang yang baik seperti engkau.”
“Kita hidup hanya sekali, Li.”
“Berapa orang anak? Dah bekerja semua?”
“Seorang doktor perubatan, seorang arkitek, seorang dalam bidang fesyen, seorang filem, seorang tiada kerja. Mungkin perniagaan. Yang arkitek dua tahun lagi habis belajar. Yang pereka fesyen setahun lagi. Kursus kedua-duanya mahal.”
“Bah, PTPTN tak minta?”
“
“Jadi ...?”
“Anakku pernah berkata, “Macam mana ni , pak? Anak si Anu bin si Anu yang pendapatan sebulan berpuluh ribu terima PTPTN lebih daripada saya.” Aku jawab, “Business. Mungkin dalam borang dia isi RM500 sahaja pendapatan bulanan. Business ‘
“ Yalah. Apa ada pada kita?”
“Biarkan geng kita yang ingin kaya itu, bertambah kaya.”
“Ikhlas?”
“Ikhlas. Biarkan.”
“Katalah kau sempat menerima sepenuhnya pencen kau nanti, apa kau nak buat?”
“Aku nak tubuhkan syarikat. Itupun dalam proses sekarang ini?”
“Eh, kau juga nak macam geng kita tu, nak kaya.”
“Tidak, David. Untuk anak aku. Aku nak RTM .” Ketawa.
“Jadi, engkau nak rehat, tidur, makan.”
“Tidak. Rehat, tunggu, mati.”
Senyap. Tampak gelisah. Tampak macam ingat pada Tuhan.
“Semua kita mesti mati.”
Kedengaran nada perlahan, “Jadi, apa kau nak buat dalam RTM itu ?”
“3 perkara: selesaikan segala-gala hutang, naik haji, tolong orang.”
“Betul ini, Udin?”
“Sungguh.”
“Maka kau nak buka perniagaan tadi?”
“Insya-Allah, mungkin juga sebahagian daripada sebab.”
“Selain untuk anaklah, ya?”
“Ya, bagus. Lagi mulia hatimu, Udin . ”
Sembang-sembang berlarutan. Maklumlah jarang-jarang bertemu. Entah esok, lusa, seorang daripada mereka tiada lagi.
“Terus terang saya katakan, semakin bersara ini, semakin masa kita suntuk. Mana ada boring, mana ada bosan.”
“Yalah, saya pun hairan. Geng kita tu kata begitu.”
“ Di rumahku, bukuku yang banyak di rak ‘tu ingin kubaca, apatah lagi buku agama yang bertimbun itu. Surah Yasin belum lagi kuhafal benar, buku Bey Arifin ‘Hidup Sesudah Mati’ belum lagi habis kubaca, ehh ... banyak , banyak lagi perlu dibaca.” Geleng kepala.
Dapat diteka dalam hatinya . Tentu dia terfikir bahawa adakah tidak masa untuk dia membaca semua buku itu. Dia pun hairan, nampaknya, mengapa kawan-kawannya mengatakan bosan hidup sebagai ahli POP atau NGO atau….
Seorang lagi rakan mereka muncul. Ketawa lagi. Nampak gembira.
“Apa dibawa dalam tangan tu?”
“Inilah DVD Jackie Chan yang cucuku pesan. Dia peminat nampaknya.”
“Eh, elok kita minum dan makan sekali di restoran itu.”
Dalam perjalanan menuju ke restoran, “ Apa you buat selama ini?”
“Beginilah, kayo-kayo kata orang Sarawak.”
“Oh, jadi you ni OKK-lah, ya?”
“Eh, apa OKK pula? Setahu aku pangkat besar orang
“Ha, apa maknanya? ”
“Orang Kaya-kaya. Sekarang ini menjadi gelaran OKK. Macam Darus ini, menjadi penghulu sekarang.”
“Yalah pangkat seseorang kita hormatlah. Main-mainan saja, boleh.”
“Ya, betul juga kata kau, Li. Kita hormatlah nama-nama seperti DBP, JPA, MIS dan lain-lain, main-main saja. Apa salahnya, ‘
“Jadi kau selama ini, Suf, tinggal di
“ Tidak. Secara kebetulan memang seorang cucu lelaki saya kahwin dengan orang Sabah dan diam di
Di restoran. Duduk. Pesan minuman dan makanan. Sambil menunggu pesanan untuk
“Ya, on a serious note, semakin kita berumur begini semakin berguna. Kita bukanlah NGO, bak kata David tadi.”
“David tadi berjenaka saja,” ketawa kecil.
Ya, saya tahu. Kita mesti menurunkan ilmu kita kepada generasi kita yang akan datang - kepada anak cucu kita.”
“Saya beria-ia benar supaya masyarakat saya jangan meninggalkan rumah panjang”
“Oh,ya. Itu suatu ilmu dan usaha sebenarnya.”
Masing-masing mereka melihat pelayan yang menghidangkan minuman dan makanan yang dipesan mereka. Lepasan SPM, barangkali, mungkin kata sebahagian daripada mereka dalam hati. Mungkin dalam fikiran mereka masing-masing, ke mana anak-anak muda nanti akan pergi? Mereka yang duduk makan itu sudah bersara.
Tiga orang daripada mereka yang bersara itu dari Jabatan Pelajaran, termasuk yang ada bermacam-macam buku di rumah tadi. Seorang dari Jabatan Ketua Menteri dan seorang dari Jabatan Penyiaran. Mereka itu mantan pemegang jawatan yang senior di jabatan masing-masing.
“Ilmu daripada buku, tetapi jangan lupa, kita menggarapkan ilmu dalam kepala kita. Memasukkannya ke dalam pemikiran masyarakat dan itu semua berdasarkan pengalaman, inovasi dan apa yang dikatakan sebagai interteks.”
“Wah, masih bersemangat dan berhujah nampaknya.”
Ketawa kecil sambil makan. “Kita masih berguna. Apa-apa agama pun, kita masih berguna.”
“Elok tulis dalam rencana, fiksyen atau puisikah.”
“Apa-apa pun, kita perlu menurunkan ilmu kita.”
“Kita semua ini belum sampai 65. David kau berapa? Rus? dan kau, Suf ?”
“Aku baru 58.”
“Aku dah 63. ”
“Aku baru 60. Engkau pula, Morse?”
“Aku hampir mencecah 57 dan Udin ni dah hampir dua tahun bersara. David saya fikir sebulan dua lebih awal daripada Udin.”
“YAB. kita nanti, 56-kah atau 58?”
“Aku dengar 56.”
“Aku dengar dia nak bersara. Bercuti. Tapi dipanggil balik. Dia kena bayar balik kerajaan cutinya. Tak banyak.”
“Beruntunglah dia.”
“Itulah dunia.”
“Survival of the fittest.”
“Bagi sesetengah orang, ya. Tapi bagi saya, survival together.”
“Wow, ke situ pula.”
“Hasil daripada membacalah ‘tu.”
“Membaca dan berfikir sendiri.”
“Lagi, lagi, Din.”
“Orang kata, whom you know, bukan how much you know dan work smart.”
“Jadi ? Bagi kau pula ?”
“ Saya kata, how much you know, bukan whom you know, saya kata work smart and hard ….”
“... dan masih macam ‘tu juga. Macam kita ‘ni semua.” Ketawa lagi.
“Ya, di dunia ada orang yang senang. Dapat rumah tiga empat buah. Tanah dan kereta besar-besar. Biarkan. Rezeki mereka. Kita menanti hanya akhirat nanti ”
“ Eh, kau sudah Haji ‘
“Akan, insya-Allah. Setelah anak-anak terjamin dan selamat.”
“Hey, Din, aku dengar kaupelihara kucing?”
“Tidak. Kucing orang buang ke rumah aku. Aku bela. Aku beri makan. Aku belajar daripada kucing.”
Ketawa mereka berdekah-dekah.
“Tentang kesabaran. Perhatikan kucing.”
“Hai, macam-macam kisah orang pencen macam kita ‘ni .… ”
“ … dan menimbulkan banyak salah sangka orang.”
“Eh, kau ada pengganti … maksud aku dari segi kebolehan kau?”
“Tidak ada.“
Mereka makan-minum dan berpisah. Lama tidak berjumpa, tetapi kesemua masih ‘segar - bugar’. Masih aktif. Mereka pulang ke rumah masing-masing atau … entah ke mana….
Biodata:
ZAINI Oje atau nama penanya, Zaini Ozea, dilahirkan di Kampung Rajang, Mukah,
Monday, October 13, 2008
POLITIK BARU YB J
karya
Datuk Chamil Wariya
PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu
Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya.
Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM).
“Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J.
Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya.”
Malah YB J berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.
Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima perjuangan Malaysia Barunya.
Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.
“Kamu fakir saya anti-Islam, anti-Melayu?”
Pertanyaan
Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya. Tugasnya adalah untuk mempastikan YB J selamat ke majlis yang ingin dihadirinya. Dan tiba tepat pada waktunya. Majlis itu penting kerana YB J akan mengadakan dialog dengan generasi muda seketurunan dengannya yang belajar di luar negara tetapi kebetulan berada di tanah air kerana bercuti. Ahmad sendiri tidak pasti sama ada pelajar yang pernah mempersendakan lagu Negara Ku sewaktu menuntut di sebuah universiti di Seberang Laut turut berada dalam kelompok itu. Kalau pun ada, pemandu YB J tidak ambil pusing. Budak itu memang kurang ajar.
Ahmad tidak tahu apakah yang sebenarnya mengganggu bosnya itu sejak dari tadi lagi. Dia jarang begitu. Ahmad dapat mengesan YB J lain macam sahaja pagi itu. Dia dapat membaca keresahan dan kegelisahan YB J. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena walaupun apa yang sebenarnya berkocak di dalam diri YB J dia tidak pasti. Sepanjang ingatan Ahmad, YB J juga tidak pernah berbual dengannya tentang politik, apa lagi tentang isu-isu semasa - kecuali memberi arahan yang ada kaitan dengan perjalanan atau jadual kerja. YB J juga tidak bertanya sama ada dia mengundi pom atau parti apa pada pilihan raya yang lalu.
Lazimnya, sepanjang perjalanan, baik ke pejabat atau majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang lain, YB J akan menghabiskan masa membaca akhbar atau membelek-belek fail. Tetapi pagi itu YB J lain macam sahaja. Dia kelihatan resah. Gelisah. Fikirannya juga seolah-olah tidak menentu. Apa yang dibuat serba tak kena. Sekejap dia membelek ucapan utama yang akan disampaikan sebentar lagi menghuraikan gagasan Politik Baru Malaysia Baru yang dipeloporinya. Sekejap dia membelek akhbar-akhbar yang memang menemani YB J ke mana juga dia pergi.
Ahmad
Ahmad juga terfikir mungkin perasaan YB J terganggu dengan tindakan kalangan yang tidak diketahui siapa mereka melempar bom petrol ke rumah keluarga ahli Parlimen Sepohon Beringin, Su Lan. Barangkali, fikir Ahmad, YB J, bimbang kejadian yang sama boleh menimpa diri atau keluarganya.
Mana tahu selepas keluarga Su Lan, bosnya YB J pula yang menjadi mangsa. Dan yang dilempar itu bom betul-betul. Meletup pula. Tidakkah nahas YB J. Sekonyong-konyong Ahmad terbayang kejadian letupan bom berani mati yang berlaku
Tetapi fikir Ahmad, amaran kalau tidak diendahkan berbahaya. Dia teringat apa yang diceritakan berlaku pada 13 Mei 1969. Bapanya menceritakan dalam tragedi selepas pilihan raya umum pada 10 Mei itu, orang Cina dan Melayu berbunuh-bunuhan. Perjuangan yang mahu menafikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat diterima oleh mereka. Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.
“Mat, saya ni anti-Melayu dan anti-Islam ke?,” YB J secara mendadak mengulang semula pertanyaannya apabila tiada jawapan daripada pemandunya.
Ahmad, yang sejak tadi membisu seribu bahasa selamba menjawab: “Mungkin tidak YB.” Dia memberi jawapan berlapik. Maksudnya: Mungkin tidak, mungkin ya bergantung pada mata yang menilai.
“Apa maksud kamu mungkin tidak.”
" Ini soal persepsi YB. Persepsinya begitulah. Hakikatnya YB tidak membenci Melayu tidak juga membenci Islam. YB sekadar memperjuangkan kepentingan kaum YB. Tidak salah YB berbuat demikian. Kalau YB tidak memperjuangkan kepentingan kaum YB sendiri, siapa lagi. Tetapi cara YB itu barangkali disalahertikannya.”
“Maksud kamu?" Tanya YB J yang masih belum jelas lagi.
Bergantung
“Yalah, ia bergantung pada mata yang memandang. Bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi di kalangan bukan Melayu. YB kena ingat di kalangan bukan Melayu pun bukan semuanya menerima politik baru
“Apa maksud kamu. Saya tidak begitu jelas?"
“Yalah bagi YB perjuangan YB adalah pelbagai kaum. Tetapi dalam tindak tanduk, perjuangan pelbagai kaum YB itu tidak tertonjol. YB mahu menghapuskan tulisan jawi dan ganti dengan tulisan Cina . Bagi mereka itu bukan perjuangan pelbagai kaum. Ia perjuangan satu kaum. Kalau benar pelbagai kaum, YB patut mempertahankan tulisan jawi.” Ahmad memberanikan diri untuk memberikan pandangannya.
Mengesan bosnya ingin mendengar pandangannya lagi, Ahmad berkata: “Patutnya kalau YB benar-benar ingin menjadi pejuang pelbagai kaum, kepentingan orang Melayu jangan diketepikan sewaktu mengetengahkan kepentingan kaum Cina. YB perjuangkan kepentingan kedua-duanya sekali. Penerimaannya saya pasti berbeza. YB akan dilihat sebagai mahu menjaga kepentingan kaum YB, tetapi pada waktu yang sama tidak menafikan hak orang Melayu.”
Itu perjuangan POM dan POC, dengus YB J di dalam hatinya. Bosan aku dengan Si Ahmad ini, dia berkata sendirian. Aku penganjur politik baru dan tidak mahu terikat dengan kerangka politik lama, katanya lagi kepada dirinya.
Perbualan YB J dengan pemandunya habis di situ sahaja. Dia tidak mahu lagi mendengar pandangan karut pemandunya. Dia mahu terus melayan perasaan: Aku percaya pada Politik Baru Malaysia Baru, tegas YB J pada dirinya. Setiap warganegara, tanpa mengira apa keturunan mereka patut diberi hak yang sama mengikut undang-undang. Tidak ada bangsa yang patut diberi layanan istimewa. Tidak ada warga yang patut diberi darjat atau kelas kedua. Kita semua orang
YB J enggan melayan Ahmad lagi. Sebaliknya, dia membelek akhbar Utusan
Ah, satu lagi propaganda yang memperlekehkan kaum aku, dengus hati YB J. Jangan-
jangan yang menulis artikel ini orang Melayu. Mereka masih menganggap kaum aku sebagai berketurunan pendatang. Tidak guna punya generasi baru. Dengus YB J. Bisik hatinya lagi: Betullah dulu nenek moyang aku berhijrah ke bumi bertuah ini untuk mencari kekayaan, membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan keperitan hidup di
Dikejutkan
Sedang YB J asyik dengan lamunannya, dia dikejutkan dengan suara pemandunya yang memaklumkan, “Kita sudah sampai YB.”
Menunggu dia di luar ialah para penganjur dialog yang bakal berlangsung. Salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta YB J, bersalaman dengannya dan memperkenalkannya dengan ahli jawatankuasa penganjur yang lain. Diiringi oleh mereka, YB J dibawa ke pentas.
Menurut kiraannya ada 500 orang di dalam dewan pagi itu. Dia bangga dengan kehadiran begitu ramai anak bangsanya yang ingin bertemu dengannya. Apa yang lebih membanggakan YB J ialah mereka belajar luar negara dengan biayai sendiri, bukannya bantuan kerajaan.
Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, YB J dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh YB J. Gagasan politik baru
Tetapi tanpa diketahui oleh YB J, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik YB J dengan caranya yang tersendiri.
Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.
YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.
Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.
Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.
Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.
Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.
Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan
Mingguan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
Sunday, September 28, 2008
DI PAGI SYAWAL, APAKAH YANG KAU CARI?
Oleh
"Fikiran manusia adalah komputer azali yang sangat aneh," kenyataan itu sering berulang- ulang di sepanjang hayat. Puisi yang mengabadikan alam remajanya tidak pernah lekang dari kotak ingatan.
Suatu waktu main perang buah sentul di sejuk kali
Tak kusangka main perang buah sentul di sejuk kali
Setiap pagi di hujung kampung suatu waktu dulu menangis
Luka di kepala dan kakiku rupa-rupanya persediaan
ilmu untuk suatu waktu kerana kini
di Kuala Lumpur setiap hari aku berperang dengan nafsu
emosi dan hargadiri aku berperang dengan bedil di mukaku
senjata tajam menikam siku ubun-ubun dan sulahku. kini tanpa tangis aku bangun mengutip peluru di dadaku seraya
tersenyum membalut luka-luka ditubuhku
kerana aku sudah dipersediakan ilmu perang
suatu waktu dulu di sejuk kali di hujung kampung
setiap pagi.
Sajak itu ditulisnya ketika masih berada di KL, sebelum dia menikahi ibu Laila. Sungguh pun sajak itu ditulis lama dulu, namun baris-baris puisi tersebut terasa seperti baru dikarangnya semalam. Dia tidak tahu sama ada rakan-rakan main perang di sungai masih lagi hidup, atau pun tidak. Entahkan Mislan, Meri, Yun dan Wok juga sepertinya - sering 'berperang dengan nafsu, emosi dan harga diri'.
Ah, betapa seronoknya menebang dan menukang meriam buluh betung, moreh, dan bertadarus di surau di sepanjang bulan Ramadan.
Tapi dia dan teman-teman harus berhati-hati, kerana nenek selalu mengomel.
"Hoi, ape ditunu mulut meroyam tu? Nak pongah muke ke? Esok hari raye, kome terperap di hospita!" sergah nenek.
Dan di pagi Syawal, sebaik selesai solat sunat Aidilfitri, dia dan kawan-kawan berbasikal ke rumah tok imam, menuntut duit raya. Saban tahun duit raya tok imam lumayan. Tapi dia meletakkan syarat terlebih awal.
"Rajin-rajin terawih, kalau kome nak duit raye…"
Tapi bukankah semua itu sudah tidak ada lagi!
Destinasi semakin menghampir. Ikon kapal terbang yang bergerak secara automatik di skrin tv kecil depannya tentulah tidak berbohong. Pesawat kini sudah melewati Laut Andaman, dan baru saja meninggalkan sempadan
Memajamkan mata
Setiap dia
"Tuan-tuan dan puan-puan, kita sedang berada dalam keadaan cuaca yang kurang baik, dan tidak menentu. Sila kembali ke tempat duduk, dan pasangkan tali pinggang keledar."
Mujurlah anak muda peramah di sebelahnya juga tidak tidur di sepanjang penerbangan. Hanya isteri dan dua orang anaknya yang nampak keletihan. Katanya dia seorang guru, dan baru saja menyelesaikan tesis sarjana di sebuah
"Lama ke pakcik tinggal di Belanda?"
Dia tidak pasti apa yang menyebabkan anak muda mentaakulkan sebegitu. Mungkin disebabkan dia terpandangkan dua buah beg besar yang kuheret di kaunter check-in di Schipol? Dia mengagak. Menurut anak muda yang berhemah ini, dia hanya transit di Schipol. Dia sekeluarga memulakan perjalanan dari Heathrow. Mereka mengambil keputusan berhari raya di kampung. Oleh kerana agak terlewat membuat keputusan itu, akibatnya mereka hampir-hampir gagal mendapatkan tiket penerbangan pulang ke tanah air. Maklum tempahan di musim perayaan tersangat tinggi.
"30 tahun," dia menjawab pendek. Dahi anak muda kelihatan berkerut. Isterinya perlahan-lahan menjongolkan muka dari dalam selimut. Dia menduga pasti akan ada lagi reaksi dari anak muda.
"Lamanya..."
"Sudah takdir, apa nak buat."
Dia tidak mampu memberikan jawapan lain, bila saja hal itu berbangkit. Harapannya agar tidak ada soalan susulan, ternyata meleset.
"Famili…?"
"
"Oh, maafkan saya pak cik."
"Maksud pak cik, kami berpisah."
"Oo…"
Dia tidak dapat mengagak adakah "O" anak muda bermaksud apologetik, atau hanya sebagai penyengkang bicara sahaja. Setelah menjawab soalan anak muda, dia membiarkan kesepian bermaharaja lela semula di dalam dirinya seketika. Tak lama, dia menanyakan kepada anak muda.
"Masih ada orang tua?"
"Semua dah tak ada. Semasa saya sekolah lagi. Saya dibesarkan oleh nenek. Dah tak ada siapa di kampung. Lagi pun saya anak tunggal. Yang tinggal hanya rumah pesaka usang."
"O…"
Dia tidak tahu kenapa harus menyebut huruf saksi itu.
Tapi, kalau tak ada keluarga lagi, apakah yang dicari anak muda di kampung?
Kini dia pula yang diganggu oleh andaian yang memerlukan pewarasan.
'Err, tak ada sesiapa lagi?"
"Ya, cuma semangat desa itu sendiri pak cik. Saya dibesarkan dengan air sumur dan air sungai. Saya nak melawati pohon-pohon getah yang saya toreh semasa kecil. Semuanya berperanan mendewasakan saya, pak cik, termasuk pucuk paku, maman, dan umbut bayas."
"Elok benar tu…"
Anak muda menambah. "Isteri saya lulusan pertanian. Tapi fikir punya fikir, dia memilih untuk menjadi suri rumah saja. Kami bercadang nak memulihkan kebun getah peninggalan orang tua. Lagi pun getah ada harga sekarang."
Dia dapat membayangkan betapa anak-anak keluarga muda ini bakal membesar sebagai manusia yang cintakan ibu pertiwi.
Bila saja anak muda menyebut kebun getah, kenangan ketika dia menoreh di hujung kampung menjelma di ruang matanya dengan pantas. Di manakah Ana, yang selalu ditemui di tempat memesin getah? Tentulah dia sudah beranak-cucu, duganya. Atau masihkah dia menjadi pengungsi dunia yang fana ini?
Dia masih dapat menggambarkan kesayuan Ana apabila mengetahui dia sering ke kampung di pinggir pekan.
"Dengar khabar kau selalu ke pekan. Aku tahu, kau sayangkan orang lain," serak suara Ana ketara benar di pagi itu.
"Aku tak kata gitu."
"Tak kata bukan maknanya tak ia…lagipun dia pintar, lebih padan dengan kau. Aku…"
"
"Pohon nering tu tak akan bertahan selamanya. Percayalah…"
Apa yang diucapkannya kepada anak muda - "
Kedua-dua orang anaknya bertindak membawa diri masing-masing. Yang perempuan menyambung pelajaran di Jordan, dan yang lelaki memilih bekerja di Afrika Selatan. Biarlah mereka menjadi warga dunia. Kemanusiaanlah yang akan mendewasakan mereka, fikirnya.
Memang benar kata-kata Ana. Ibu Laila cantik dan pintar. Namun sekarang dia sedar semua itu belum tentu dapat menjana kebahagiaan hidup berkeluarga. Cuma dia kasihankan Laila, dan abangnya yang merajuk.
Ah biarlah, kalian sudah dewasa. Abah harap kalian menjadi warga dunia yang bertaqwa. Dia menyerahkan agar semuanya disimpulkan oleh benang takdir.
Saat tayar pesawat berciut mencium bumi ibu pertiwi, dia berasa dadanya sebak. Sama seperti yang pernah dirasakannya semasa membuat pilihan antara Ana dan ibu Laila. Di lapangan terbang yang ternyata lebih gah dari apa yang pernah disaksikannya di Eropah, takbir Hari Raya dari peti-peti tv menguasai suasana. Dia terasa matanya basah. Lebih-lebih lagi kini dia hanya pulang seorang diri, tanpa isteri dan anak-anak. Cepat-cepat dia ke kaunter menyewa kereta pandu sendiri.
Sebaik memasuki kereta, dia menyedari ada mesej masuk di telefon bimbit. Dia tersenyum melihat pesanan ringkas itu. Dia tahu hati abang Laila akan terubat juga akhirnya.
"Assalamualaikum abah. Saya nak mohon ampun dan maaf di pagi Syawal ni. Sekarang baru jam
Ya, masa akan menyembuhkan semua luka!
Matahari sudah agak tinggi ketika dia sampai di tanah perkuburan. Di situ kedua-dua orang tua dan neneknya disemadikan. Walaupun masih ramai orang di situ, tetapi tidak ada seorang pun yang dikenalinya. Sayup-sayup kedengaran takbir Hari Raya di tv dan radio dari rumah-rumah berhampiran perkuburan, diinjing semilir pagi yang jinak. Dia ingat dengan jelas kali terakhir mengiringi al-marhumah ibu ke situ. Dia mengabadikan pengalaman itu di sebuah sajak yang ditulisnya di diari.
Mengenang ibu
Ketika kuhantarmu, ibu
di rimbun teduh rembang
lembut semilir bukit menjinjing
salam malaikat berangkat
tak betah riak sungai bangkung kita, ibu
menggetar mengulit lampias
cahaya putih
menanti di limun pagi
aku tetap merindu
marah-marah dan jerkah-jerkahmu
ketika kautuangkan
tamsil kesabaran ke dalam naluriku
potret kecil di tangga sekolah
tak puas kutitip buah rindu
di perkarangan senyumanmu
tidurlah sementara, ibu
edan dalam syahdu
dan rimbun doaku,
anakmu.
Dia amat menyayangi ibu, dan sajak itu.
Selesai membacakan Yaa Siin dan berdoa di ketiga-tiga kuburan, dia melangkah meninggalkan tanah perkuburan. Wajah seorang wanita di sisi sebuah kubur menangkap pandangannnya. Dia merasakan wanita bertudung biru gelap yang ditemani oleh sepasang remaja sangat dikenalinya. Walaupun bertudung, dia masih kenal kening, hidung dan sepasang bibir yang nipis milik wanita itu. Adakah nama pemilik wajah itu yang pernah dipahatnya di pohon nering dusun Pak Agon?
Dia memberanikan diri menyapa wanita itu.
"Ana…Ana ke?"
Wanita itu tidak menyahut pertanyaannya, tetapi dengan selamba merenung tepat ke mukanya. Dan dia membiarkan sepasang remaja beredar meninggalkan kawasan perkuburan.
"Kau tak kenal aku lagi…" dia tercenung.
"Masakan aku lupa…bukankah kau yang memahat namaku di pohon nering?"
Ya memang tepat sekali, wanita yang sedang terdiri di depannya ialah Ana. Ana masih hidup rupanya!
"Anak-anak…?" Dia mengacukan pandangan ke arah sepasang remaja yang sudah sampai ke pintu besar tanah perkuburan. Dia
"Anak-anak saudara…anak kakak…ini kubur ibu bapa mereka. Kemalangan jalanraya, dah lama. Aku membesarkan anak-anak mereka."
Dia tidak tahu bagaimana harus memberikan reaksi terhadap apa yang baru didengarinya dari Ana. Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu apa-apa lagi tentang Ana. Pertanyaan Ana selanjutnya membuatkannya tergumam semula.
"Kau mencari apa di sini?"
Fikirannya gelap. Dia tidak tahu bagaimana soalan itu harus ditangani. Memang benar apa yang diucapkan oleh Ana. Adakah lagi sesuatu yang tersisa di kampung ini buatnya?
"Ana tinggal di mana sekarang?" Dia sungguh-sungguh ingin tahu.
"Masih di kampung ini."
Ana mula meninggalkan perkuburan, dan dia mengekori Ana beberapa langkah di belakang. Sebaik tiba di pintu besar, Ana menoleh ke arahnya semula. Dia tidak tahu sama ada Ana tersenyum kepadanya atau pun tidak, kerana di benaknya ada jeritan yang kuat:
Ana, aku akan tinggal di kampung ini selamanya!
Di saat itu juga ada isyarat mesej masuk di telefon bimbit. Dia segera mengeluarkannya dari kocek seluar. Sungguh pun ringkas, dia memahami maksud Laila.
"Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Laila sayang abah macam dulu."
Sekali lagi matanya terasa basah. Di pagi Syawal yang syahdu, dia tidak lagi dapat menahan airmatanya daripada mengalir ke lurah pipinya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
Friday, September 26, 2008
GERAK ALAM
Oleh
Noorjan Abdul Rahim
KADANG-KADANG aku terasa hidup ini bagaikan pelampung di lautan dalam, sesekali belajar mengenali warna alam dan sekali gus mengenali warna musim yang telah merubah paksi sebuah kehidupan dan badai yang bertali-temali adalah rerambut usia yang telah menjerat pengalaman!
"Lian!"
Aku menoleh ke arah Halim. Halim tersenyum mempamerkan susunan gigi arnabnya kepadaku. Mata kami bertentangan agak lama. Sesekali seronok juga rasanya berduaan dengan Halim tanpa anak-anak di sisinya.
"Lian" Halim memanggilku lagi dengan nada yang sangat romantis. Dadaku mulai beriak kecil. Tidak sukar untuk menafsir siratan bebola mata Halim. Zahirnya tertuju ke arahku, tetapi mata batinnya bercerancang dengan sejuta perancangan. Laksana sijuling pandang arah.
"Im! timun di tanganmu pisau pun di tanganmu" Radangku memuncak tiba-tiba.
"Kau tak faham Lian" Bulat bola mata Halim menikam anak mataku.
"Lian tak punya sebarang pendapat yang perlu untuk disuarakan."
"Sabar Lian! kita bincang dulu, kemudian baru buat keputusan," Suara Halim tenggelam timbul.
"Im, sebenarnya ada beberapa perkara yang Lian tidak suka bincangkan dengan Im atau dengan mana-mana lelaki sekalipun."
"Aku sangka kau isteri mithali." Keluh Halim kesal sambil mengemas sila panggungnya.
"Sudah tersisih rupanya Lian daripada ranking isteri mithalimu?" Suaraku bergetar irama tudung periuk.
Aku tidak tahu kenapa Halim ingin bermain bebayang, tidak diberi peluang, perasan diri dibelenggu oleh ego perempuan dan bila diberi peluang masih tercari-cari arah!
"Im, bila Lian tidak mahu mencampuri urusan Im, itu bermakna Lian sudah memberi keizinan hakiki pada Im."
"Lian! Aku mahu berbincang denganmu dengan cara baik."
"Habis! Apa ceritanya? Apa keinginanmu yang perlu kupenuhi?" soalku menyimpul kemas apa yang tersimpul di hati. Aku sendiri faham cara Halim, dia ingin dinilai bersih dan tidak dipandang zalim, smart and clean!
"Lian, kau jangan naikkan darahku!"
"Darahmu sahaja yang kau fikir!"
"Lian!" Jerit Halim bagai halilintar menyambar gegendang telingaku.
"Im, Allah telah tentukan, jika seorang lelaki ingin menikah, dia tidak perlu mendapat keizinan seorang isteri ataupun seorang ibu, dia cuma perlu dua orang saksi lelaki, itu saja."
"Aku tahu " Halim tergagap-gagap sambil melurut rambut kerintingnya ke belakang, dengan bangganya!
Aku terpempam, merenungi mata sisepet yang beralis lebat, satu-satunya daya tarikan milik Halim yang telah memukau mataku sejak pandangan pertama dengannya dulu kini dan selamanya.
"Aku perlu penglibatanmu untuk menangani permasalahan ini!"
"Pemasalahan yang kau rancang dan cari sendiri."
"Lian, tolonglah, aku nak cara damai, bukan cara begini?" Halim mengerat gigi.
Aku ingin menjerit sekuat-kuat hati. Tidak terduga sama sekali Halim begitu optimis meletakkan martabatku bagaikan ikan busuk di kaki
"Im, jantung Lian cuma satu dan yang satu itulah yang ingin Lian kongsi dengan Im bukan dengan lelaki lain ataupun dengan perempuan lain!" Kali ini aku pula mengerat gigi.
"Betul dugaku, kau berdendam denganku?"
Aku
"Apa?" Tiba-tiba Halim berang.
Aku tergelak! 'Ingat rupanya kau' Bisik hatiku.
"Ingat apa?" Soal Halim bengis.
Aku terdiam. Terlalu banyak yang ingin kukatakan, tetapi sepatah pun tidak terucap. Setelah begitu lama terdiam dan berdiam.
"Im! bagaimana perasaan Im? sekiranya Lian yang minta pendapat Im untuk bertukar selera...?"
"Aku bunuh kau!" Ucap Halim spontan. Matanya berkaca seperti orang tersedak pedas. Wajahnya sudah berwarna menahan amarah.
"Im, Im." Aku tahu Halim tercabar dan tersentak bila mendengar pertanyaanku.
"Kau jangan main-main Lian, aku serius!"
"Leonrado Da Vincciku sudah berubah rupanya hanya aku yang tidak menyedari perubahan itu!" Aku
"Aku tidak pernah berubah Lian!" Suaranya parau tersangkut di halkum hilang punca.
"Im, Lian sudah beri laluan mudah pada Im, Im tunggu apa lagi?"
"Mengakulah Lian, kau sebenarnya berdendam dan ingin membuktikan segala keraguanmu dahulu adalah benar!"
"Apa pun keputusanmu, aku sudah bersedia dengan seribu alternatif!"
"Sudah kuduga." Celah Halim sombong, tiba-tiba suaranya menjadi parau bengis.
"Lama dulu sudah kuyakini diri, cintamu tidak satu dan tidak sekali!"
"Kau menuduh aku tidak setia dan mungkir?" Herdik Halim.
"Im, kita sendiri yang mengukur kesetiaan diri bukan orang lain. Kesetiaan bukan untuk dicanang dan minta dipercayai. Kesetiaan dan keikhlasan ada di hati kita bukan di mata orang."
"Lian! Aku tidak dapat melawan takdir." Sayu suara Halim meraih simpatiku.
"Im! Yang Lian takut cuma satu, takut sekali jikalau sampai Allah murka pada Lian dan mengharamkan syurga-Nya untuk Lian."
Halim menarik nafas lega... Dia
Kewujudan Halim dalam hidupku bagaikan sepasang gigi kapak, adanya tidak mencantikkan wajah, tetapi hilangnya mungkin mencacatkan separas rupa!
"Cita-citaku bila telah menjadi isterimu ialah aku ingin masuk syurga daripada mana-mana pintu yang telah Allah khususkan untuk seorang perempuan bernama isteri dan aku tidak pernah bermimpi untuk menutup pintu itu dengan gegaran tiang Arasy".
"Semuanya tergantung pada keputusan Lian!" Keluh Halim malas.
"Kau bagaikan lalang membodohkan diri sehingga tidak tahu apa yang diingini oleh nafsumu!" Ucapku sambil merenungi Halim ingin melihat reaksinya.
"Mana sikap terus terangmu?" Berkertup meja dijentik, terbeliak bebola matanya menelan kemarahan dan sekali gus kain pelikat disingsing hingga ke paras lutut. Agak lama juga dia merenungiku dan kemudian mendengus.
"Terus terang yang macam mana Im maksudkan? Tolong meminang dan menjadi pengapitmu? Begitukah caranya Im?" Aku menduga Halim.
"Susahnya bicara dengan kau?" Halim terasa tersindir. Suaranya terkulum serba-salah.
"Im." Panggilku perlahan; cukup sekadar untuk Halim menoleh terperasan dipanggil! Dia menoleh ke arahku dan menanti pengucapanku seterusnya.
"Im! Nabi SAW pernah bersabda orang lelaki yang tidak sayang pada isterinya adalah lelaki yang tidak menyayangi ibunya." Ucapku sopan mengharap Halim puas.
Walaupun di sudut hatiku, aku ingin berkata begini; tanyalah hatimu dia lebih tahu tentang nafsumu! Terserah padamu, bila tiang Arasy bergegar, berbicaralah sebaik-baiknya dengan Tuhanmu.
"Nabi SAW berkahwin lebih daripada satu, tetapi dia tetap sayangkan Saidatina Khadijah."
"Im, jangan lupa Nabi SAW tidak pernah madukan isterinya yang ada anak (Saidatina Khadijah) dia bernikah dengan isteri-isterinya sesudah Saidatina Khadijah meninggal dan isteri-isterinya yang dimadukan, semuanya tidak ada anak?" Halim terdiam mati akal.
"Aku tahu Lian, kau kecil hati denganku dalam saat begini lambat atau cepat, aku akan kehilanganmu dan barangkali di luar
"Bukan Rahim, Rahim sudah menikah, Daniel! Daniel yang masih Bachelor!" Sengaja kunyalakan api.
"Sikafir itu juga yang masih kau nanti?" Jerkah Halim.
"Halim! aku lebih rela melihat bahagianku di dunia terkurang daripada melihat bahagianku di akhirat yang dikurangi oleh Allah." Aku menutup sebak dalam dada. Selama dua tahun aku sembunyi air mata dengan mimpi mendapat payung emas! Aku sangka Halim akan menikah diam-diam, tetapi aku silap.
Aku sebenarnya marah! Kenapa Halim mesti menunding telunjuk? Dia yang hendak menikah lagi, aku pula yang dituduh sedang menunggu! Aneh lelaki ini. Egois dan tamak. Keinginannya di tahap paling maksimum ingin memiliki semuanya sekali gus.
Aku sudah cukup bersedia untuk menerima kemungkinan Halim menikah lagi ataupun menerima kemungkinan Halim memilih penceraian. Aku bersyukur! Aku sendiri tidak pernah berhasrat untuk memiliki semuanya dalam satu saat. Aku sudah bersedia untuk kehilangan kerana aku tidak sanggup membebankan diri; takut melanggar batasan keupayaan seorang hamba Allah.
"Lian! Apa yang kaufikir?" Halim mengecapi segalanya.
"Bayangi hidup tanpa mu mungkin aku ke UProgram Warga Emas."
Aku tahu Halim terbakar. Dulu sewaktu sebelum menikah dengan Halim aku pernah melanjutkan pengajian, tetapi disebabkan kesukaran untuk mendapat biasiswa, aku mengambil keputusan drastik berhenti belajar walaupun Halim menawarkan diri untuk menjadi penaja. Aku menolak kerana ibuku pernah berpesan, jangan sekali-kali memakan duit lelaki sebelum menikah dengannya. Kelak suatu saat ia akan bertukar menjadi racun, begitu juga dengan lelaki jangan biasakan memakan ringgit wanita, sebelum ataupun selepas nikah kerana ia akan menjadi ungkitan dan membawa kesengsaraan sepanjang usia.
"Kau." Gertak Halim tiba-tiba. "Dulu sudah kuberi peluang . "
"Bukankan kau beri syarat aku mesti menjadi kadammu. dan kemudian kau takut pula nanti kadam jual tuan?" Pecah gelak kami berdua.
"Lian, Lian." Keluh Halim masih tersisa gelaknya.
"Aku suka yang senang Im."
"Selama ini aku menyusahkanmu?" Marah Halim "Aku tak akan lepaskan kau." Ugut Halim selamba.
"Itu hakmu, Lian tak pernah meminta dan Lian juga tak ingin mempertikaikannya! Cuma dari sini Lian ternampak-nampak di
Halim terbungkam. Tentu tidak menjangka sejauh itu perancanganku. Lelaki bila mengetahui, kita tidak akan mati langkah sesudah kehilangannya akan menjadi serba salah untuk bertindak dan membuat keputusan.
Aku sebenarnya terjerat dalam jerangkap samar, hancur luluh hatiku bila teringat Halim menyesali takdir dan mempertikaikan ciptaan al-Khalik terhadapku sedangkan aku sendiri amat bersyukur dengan seraut paras yang telah Allah anugerahkan kepadaku. Dengan rupa inilah yang telah membuat semua urusanku mencari rezeki yang halal berjalan dengan sempurna. Berjalanlah pada waktu mana sekalipun, tidak ada sesiapa pun yang teringin untuk mengusik dan menggangguku. Alangkah bebasnya perjalanan hidupku.
Aku tahu Halim bimbang perempuan lain tidak setandinganku, gurauan kami selalu kasar, tetapi selalunya berakhir dengan gelak. Setiap kali kami berkelahi pasti pihak yang betul yang akan meminta maaf. Pihak yang salah akan tergelak dan akhirnya kami akan berdamai.
Deringan telefon berketak lama. Halim bangun ke telefon. Aku terimbas peristiwa
Halim letak ganggang telefon dan berdiri di belakangku.
"Ya Allah! kenapalah wajah isteriku tidak secantik pekertinya. Aku mulai jemu menatap wajahnya. Kenapa? Kenapa ya Allah budi pekerti boleh diperelokkan, tetapi rupa paras selamanya tidak akan berubah." Aku ulangi sebaris penyesalan yang telah dicatatkan oleh Halim di dalam diarinya sempena hari lahirnya dua tahun dahulu.
"Lian, aku bukan mahu membuangmu."
"Ya, Leonardo Der Vinceku cuma mahu mengubah potret Mona Lisa ke belakang pintu."
"Lian, kau amat istimewa dalam jantungku."
"Lian faham Im, Mona Lisa tidak lagi menjadi kebanggaan, senantiasa dalam perhatian, pandangan dan ingatan!"
"Kau bebas menafsirkan apa sahaja tentangku." Suara Halim cair lagi dalam halkum.
"Im satu pesanku, pesanan ibu anak-anakmu, jangan jadikan dirimu seperti lembu, meragut di
Biodata:
NOORJAN Abdul Rahim, lulusan Sijil Seni Kreatif (Kesusasteraan), Universiti Sains Malaysia (USM) cergas dalam penulisan cerpen dan karyanya mendapat tempat dalam akhbar arus perdana negara ini dan Bahana Dewan Bahasa Brunei. Ahli Persatuan Penulis 2 PNP ini turut menulis makalah kajian.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sastera/20080823085718/Article/
ke seberang sini, terlihat pula rumput di
Biodata:
NOORJAN Abdul Rahim, lulusan Sijil Seni Kreatif (Kesusasteraan), Universiti Sains Malaysia (USM) cergas dalam penulisan cerpen dan karyanya mendapat tempat dalam akhbar arus perdana negara ini dan Bahana Dewan Bahasa Brunei. Ahli Persatuan Penulis 2 PNP ini turut menulis makalah kajian.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sastera/20080823085718/Article/
Biodata:
NOORJAN Abdul Rahim, lulusan Sijil Seni Kreatif (Kesusasteraan), Universiti Sains Malaysia (USM) cergas dalam penulisan cerpen dan karyanya mendapat tempat dalam akhbar arus perdana negara ini dan Bahana Dewan Bahasa Brunei. Ahli Persatuan Penulis 2 PNP ini turut menulis makalah kajian.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sastera/20080823085718/Article/
MENDUNG BERARAK DI TAMAN TWAR 3
Oleh
Fudzail
BAK lirik lagu Cat Stevens Morning Has Broken yang dibawa angin, pagi telah pecah di horizon tahun baru. Limpahannya memenuhi Taman Twar 3 yang hanya dibuka untuk ibu dan anak-anak pada hari biasa.
Suasana pagi Januari musim dingin yang menambahkan suhu keceriaan buat Shah. Begitu riang bermain dengan kawan sebaya berusia 3 tahun, Asif.
Seperti biasa, Shah dan Asif tidak pernah peduli dengan apa sahaja yang berlaku di luar taman. Kehidupan dunia yang dipenuhi dilema, tragedi, peristiwa, wabak dan bencana.
Seperti biasa juga, dalam sesekali meneroka keluar dari pagar ke saujana kren dan bangunan pencakar langit yang memenuhi landskap
Semakin menjadi rutin yang memanjangkan perjalanan hari. Biar matahari dan bulan tetap setia dengan giliran.
Perkenalan bermula dari Shah yang seakan mempunyai cita rasa yang tinggi terhadap ibu dan memilih kawan berdasarkan ibu kawannya. Naluri Shah menetapi kriteria yang tiba-tiba memesrakan ruang di
Sejak pertama kali mereka bertemu di Taman Twar, Shah setiap pagi sebaik bangkit segera merengek mahu ke taman. Mahu bermain dengan Asif. Tentunya Anna tidak membantah.
Persahabatan daripada kehidupan ekspatriat yang berwajah kosmopolitan di
Lebih kerap, persepsi salah mencorakkan suasana. Keterbukaan kekadang mencerminkan kegelapan daripada prasangka. Prejudis dan sentimen perkauman tidak boleh dielakkan apabila warna kulit adalah tanggapan pertama yang meratah dan menggelap kewarasan.
"Sebenarnya selama di sini saya tidak pernah sekalipun ditegur oleh para wanita Emirati yang ramai datang bersama-sama keluarga atau berjoging. Tidak juga ditegur oleh mereka yang datang daripada golongan pekerja bawahan seperti pembantu rumah, penyapu sampah atau pencuci tandas!" Shahnaz memberi ulasan sebaik melihat sekumpulan wanita Emirati lalu berhampiran. Tidak menoleh dan sibuk dengan henfon masing-masing. Diikuti oleh pembantu rumah yang membawa anak-anak.
Anna meletakkan kembali akhbar di atas meja, terpampang liputan susulan krisis di
Itulah yang memberikan perbualan mereka sebuah diskusi menyelerakan. Dari mengenai anak-anak, rumah tangga, masalah kehidupan di
"Kebetulan pula, semua kawan-kawan Pakistani atau
Anna terasa hujah Shahnaz itu begitu subjektif, spekulatif dan sedikit subversif.
"Bagaimana dengan Benazir? Apakah dia boleh menjadi model pemimpin wanita yang hebat atau sekadar salah seorang daripada pelakon sampingan?" Tanya Anna
Anna tahu yang Shahnaz bukan penyokong Benazir. Sepatah katanya semalam memberi gambaran daripada pemikirannya. Seorang ibu muda yang berijazah tetapi memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, demi membesarkan anak-anak, selain menjaga makan minum seorang suami.
"Mereka di Pakistan masih dalam sistem feudal, Benazir bukanlah penyelamat demokrasi, dia adalah sebahagian daripada masalah dan pembunuhannya bukan satu kejutan. Dalam usia
Kata-kata yang membayangkan telah ada sempadan antara mereka yang masih tinggal di bumi kelahiran dengan mereka yang sudah menjadi warganegara lain. Sempadan yang memisahkan ruang kefahaman dan kesedaran.
"Bagi saya,
Shahnaz memandang Anna dengan senyuman. Begitu diplomasi sekali.
"Saya turut berkawan dengan mereka yang dipanggil Jumeirah Jane, isteri ekspatriat British yang mendapat gaji dan pakej lumayan. Kekadang tidak faham dengan rungutan mereka tentang
Anna pula tertawa. Mendengar perkataan Jumairah Jane memang melucukan kerana Shahnaz ada bercerita panjang mengenai golongan istimewa di
"Rasanya Jumeirah Jane ini sudah menjadi stereo taip yang mungkin tidak tepat untuk menggambarkan kesemua ekspatriat British!" Anna mencelah. Seakan
"Mungkin begitu, saya juga ekspatriat British seperti kamu Anna, walau keturunan
Sekali-sekala deruan kapal terbang yang meluncur dan mendarat membawa ingatan Anna pada suasana di lapangan terbang
Anna bersetuju dengan pendapat anaknya yang
Bagi Anna, tempat tinggal atau 'home' adalah satu tempat bermastautin ketika ini dan mungkin masa depan. Bukan tempat yang telah ditinggalkan. Lantas 'tempat tinggal' seakan bermaksud tempat yang kita akan tinggalkan!
Mungkin pengertian Anna seperti lirik lagu, Wherever I lay my hat, That's my home. Lebih tepat seperti kata seorang rakan lama Anna yang sudah menjadi mendiang, "Rumah itu bukan tempat yang kita sedang tinggal, tetapi tempat di mana orang lain menerima dan memahami siapa kita!"
Sekilas itu, sekumpulan wanita pembantu rumah
"Kebanyakan yang berada di
Anna meneruskan hujah sambil memandang ke arah Shah dan Asif yang terus bermain dengan anak-anak Emirati.
Shahnaz sama memandang ke arah kumpulan anak kecil tersebut. Tersenyum. Mengangguk-ngangguk. Walau kelihatan wanita Emirati yang mungkin ibu kepada anak-anak tersebut terus menjauhkan diri dengan henfon yang tidak henti berdering.
"Memang tepat. Seperti Asif, dia memperkenalkan saya kepada ramai ibu yang datang membawa anak-anak mereka bermain di sini. Kanak-kanak seperti Asif, Shah tidak peduli siapa sembahyang kepada tuhan mana, apa bahasa yang dipertuturkan di rumah, apa warna kulit kawan-kawan mereka, semuanya sama sahaja bagi mereka, kawan-kawan!"
Nah! Komen Shahnaz itu seakan peluru yang tepat mengenai sasaran.
Anna pernah terpesona melihat suasana bilik darjah abang kepada Shah, Farhan yang seperti
Membayangkan indahnya spektrum monokrom keseluruhan wajah kemanusiaan sejagat. Dari yang putih melepak, sawo matang, kelabu, merah ke hitam legam. Di sebalik warna-warna kulit, jasad yang sama-sama berasal dari tanah dan akan pulang ke tanah.
Mungkin Shahnaz sama membayangkan apa yang Anna bayangkan di antara bebayang pohon-pohon di taman. Kemilau cahaya antara dedaun dan angin lembut menjadi latar belakang satu suasana ideal. Kalaulah dunia seluruhnya sama suasananya.
"Memang indah dunia kanak-kanak!"
Sepatah ucapan Shahnaz yang bergema.
Anna sama mengangguk. Mengingati zaman kanak-kanak yang jauh dan lama di tinggalkan.
"Menyeronokkan dan saya antara generasi yang bertuah, kami hidup dalam perubahan yang fantastik dan drastik. Lihat sahaja pertumbuhan teknologi, terutama Internet, segalanya mungkin dan berkembang pesat dalam jangka hayat kami!"
Shahnaz meneruskan perbualan dengan membuka komputer ribanya.
"
Tidak juga berchating dan SMS seperti anak dan menantu walau dalam rumah, Anna lebih suka bersembang secara berdepan seperti setiap pagi dengan Shahnaz. Bukan kerana berfikiran lama atau kolot, sekadar lebih selesa dan menyeronokkan.
"Rasanya ada, limpahan wi-fi dari rumah sebelah taman....!" Shahnaz ketawa.
Dalam Shahnaz membuka komputer riba, Anna melihat ke arah burung-burung berterbangan.
Mereka duduk antara pokok-pokok bunga pelbagai warna. Walau musim sejuk, bunga-bunga terus menghiasi taman dan mengingatkan Anna kepada keindahan musim bunga di hemisfera utara.
Di bumi mewah yang pernah menjadi kuasa besar dunia. Sama ada sebagai pengganas, lanun, perompak yang merampas milik pribumi serata dunia, mahupun sebagai penjajah yang memerdekakan tanah-tanah jajahan di bawah payung komanwel.
"Sebenarnya generasi saya lebih bertuah, kami menghadapi perang dunia, perang dingin, perang Timur Tengah, perang Iraq, perang Falkland, perang di serata muka bumi, kemudian keamanan yang penuh prasangka dan kini melihat dunia semakin terancam oleh pemanasan global!"
Shahnaz terkejut yang Anna begitu prihatin terhadap alam sekitar. Orang tua di penghujung usia yang mungkin sepatutnya memikirkan soal-soal selepas nafas tidak lagi berhembus.
Seorang tua yang kini menjadi pembantu rumah. Membantu anak dan menantu untuk menjaga cucu dalam menghabiskan masa. Masa tersisia yang mungkin sudah defisit dalam usia 'warga emas' sebegini.
Dalam jauh Anna merawang, klikan di layar komputer riba membawa Shahnaz ke dunia siber. Segera Anna sama melihat layar yang memaparkan gambar-gambar dari laman blog peribadi Shahnaz. Shahnaz mahu mengemas kini dan menaik muat foto terbaru.
Tiba-tiba Shah datang menghampiri diikuti oleh Asif. Tergelek-gelek dan menampakkan lampin pakai buang. Mereka berdua sudah kedahagaan dan mencari air.
Anna menghulurkan botol air. Shahnaz berbuat sama untuk Asif.
Shah segera
"Jangan lupa, pesan ibu, baca apa sebelum minum atau makan?"
'Bismillahirrahmanirahim!"
Shahnaz memandang ke arah Anna sebaik Shah menghabiskan kalimat itu.
"Kamu Muslim?" Tanya Shahnaz kepada Anna. Memang dia mahu bertanya sejak dari mula. Anna tidak bertudung dan berpakaian ringkas. Anna hanya tersenyum dan menggeleng.
"Belum lagi... anak bongsu sudah, cucu semua Muslim!" Jawab Anna pendek sambil memeluk Shah. Terserlah ada iras-iras kedua nenek dan cucu.
Shahnaz mengangguk-angguk. Tersenyum.
"Kamu tentu Muslim bukan?" Tanya Anna kepada Shahnaz. Matanya melihat ke arah skrin komputer, gambar Shahnaz dengan keluarganya. Sesuatu imej yang agak janggal.
Lebih lagi setelah mempunyai pengalaman tinggal di bumi Arab.
Walau ada persepsi yang menakutkan mengenai umat Islam dari media, Anna banyak juga memahami konsep ajaran Islam. Banyak yang dipelajari dan sedang dipelajari daripada pelbagai sumber. Setelah berkenalan dengan Shahnaz, Anna merasakan ada sumber lain yang boleh didapati.
Sebenarnya minat Anna terhadap Islam semakin mendalam setelah menjadi 'pembantu rumah' menjaga Shah. Setiap pesan seperti membaca Bismillah sebelum makan, Alhamdulillah selepas makan daripada menantunya kepada Shah seakan pesan kepada dirinya juga. Bagai suara halus yang memanggil-manggil jiwanya yang kosong.
Anna terkejut apabila dengan perlahan Shahnaz menggeleng. Sambil jauh memandang ke arah langit yang biru. Awan-awan hitam berarak. Mendung pada musim dingin yang bakal membawa hujan di tengah hari.
Anna terdiam lama mendengar kata-kata yang bagaikan mengejutkannya daripada sebuah mimpi manis. Mimpi yang berkilauan daripadabalikan sinaran matahari pagi di taman Twar 3.
"Kami sebenarnya penganut Bahai!"
INFO: Fudzail
FUDZAIL nama pena bagi Fudzail Mohd Nor, ekspatriat
