Oleh
Fudzail
BAK lirik lagu Cat Stevens Morning Has Broken yang dibawa angin, pagi telah pecah di horizon tahun baru. Limpahannya memenuhi Taman Twar 3 yang hanya dibuka untuk ibu dan anak-anak pada hari biasa.
Suasana pagi Januari musim dingin yang menambahkan suhu keceriaan buat Shah. Begitu riang bermain dengan kawan sebaya berusia 3 tahun, Asif.
Seperti biasa, Shah dan Asif tidak pernah peduli dengan apa sahaja yang berlaku di luar taman. Kehidupan dunia yang dipenuhi dilema, tragedi, peristiwa, wabak dan bencana.
Seperti biasa juga, dalam sesekali meneroka keluar dari pagar ke saujana kren dan bangunan pencakar langit yang memenuhi landskap
Semakin menjadi rutin yang memanjangkan perjalanan hari. Biar matahari dan bulan tetap setia dengan giliran.
Perkenalan bermula dari Shah yang seakan mempunyai cita rasa yang tinggi terhadap ibu dan memilih kawan berdasarkan ibu kawannya. Naluri Shah menetapi kriteria yang tiba-tiba memesrakan ruang di
Sejak pertama kali mereka bertemu di Taman Twar, Shah setiap pagi sebaik bangkit segera merengek mahu ke taman. Mahu bermain dengan Asif. Tentunya Anna tidak membantah.
Persahabatan daripada kehidupan ekspatriat yang berwajah kosmopolitan di
Lebih kerap, persepsi salah mencorakkan suasana. Keterbukaan kekadang mencerminkan kegelapan daripada prasangka. Prejudis dan sentimen perkauman tidak boleh dielakkan apabila warna kulit adalah tanggapan pertama yang meratah dan menggelap kewarasan.
"Sebenarnya selama di sini saya tidak pernah sekalipun ditegur oleh para wanita Emirati yang ramai datang bersama-sama keluarga atau berjoging. Tidak juga ditegur oleh mereka yang datang daripada golongan pekerja bawahan seperti pembantu rumah, penyapu sampah atau pencuci tandas!" Shahnaz memberi ulasan sebaik melihat sekumpulan wanita Emirati lalu berhampiran. Tidak menoleh dan sibuk dengan henfon masing-masing. Diikuti oleh pembantu rumah yang membawa anak-anak.
Anna meletakkan kembali akhbar di atas meja, terpampang liputan susulan krisis di
Itulah yang memberikan perbualan mereka sebuah diskusi menyelerakan. Dari mengenai anak-anak, rumah tangga, masalah kehidupan di
"Kebetulan pula, semua kawan-kawan Pakistani atau
Anna terasa hujah Shahnaz itu begitu subjektif, spekulatif dan sedikit subversif.
"Bagaimana dengan Benazir? Apakah dia boleh menjadi model pemimpin wanita yang hebat atau sekadar salah seorang daripada pelakon sampingan?" Tanya Anna
Anna tahu yang Shahnaz bukan penyokong Benazir. Sepatah katanya semalam memberi gambaran daripada pemikirannya. Seorang ibu muda yang berijazah tetapi memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, demi membesarkan anak-anak, selain menjaga makan minum seorang suami.
"Mereka di Pakistan masih dalam sistem feudal, Benazir bukanlah penyelamat demokrasi, dia adalah sebahagian daripada masalah dan pembunuhannya bukan satu kejutan. Dalam usia
Kata-kata yang membayangkan telah ada sempadan antara mereka yang masih tinggal di bumi kelahiran dengan mereka yang sudah menjadi warganegara lain. Sempadan yang memisahkan ruang kefahaman dan kesedaran.
"Bagi saya,
Shahnaz memandang Anna dengan senyuman. Begitu diplomasi sekali.
"Saya turut berkawan dengan mereka yang dipanggil Jumeirah Jane, isteri ekspatriat British yang mendapat gaji dan pakej lumayan. Kekadang tidak faham dengan rungutan mereka tentang
Anna pula tertawa. Mendengar perkataan Jumairah Jane memang melucukan kerana Shahnaz ada bercerita panjang mengenai golongan istimewa di
"Rasanya Jumeirah Jane ini sudah menjadi stereo taip yang mungkin tidak tepat untuk menggambarkan kesemua ekspatriat British!" Anna mencelah. Seakan
"Mungkin begitu, saya juga ekspatriat British seperti kamu Anna, walau keturunan
Sekali-sekala deruan kapal terbang yang meluncur dan mendarat membawa ingatan Anna pada suasana di lapangan terbang
Anna bersetuju dengan pendapat anaknya yang
Bagi Anna, tempat tinggal atau 'home' adalah satu tempat bermastautin ketika ini dan mungkin masa depan. Bukan tempat yang telah ditinggalkan. Lantas 'tempat tinggal' seakan bermaksud tempat yang kita akan tinggalkan!
Mungkin pengertian Anna seperti lirik lagu, Wherever I lay my hat, That's my home. Lebih tepat seperti kata seorang rakan lama Anna yang sudah menjadi mendiang, "Rumah itu bukan tempat yang kita sedang tinggal, tetapi tempat di mana orang lain menerima dan memahami siapa kita!"
Sekilas itu, sekumpulan wanita pembantu rumah
"Kebanyakan yang berada di
Anna meneruskan hujah sambil memandang ke arah Shah dan Asif yang terus bermain dengan anak-anak Emirati.
Shahnaz sama memandang ke arah kumpulan anak kecil tersebut. Tersenyum. Mengangguk-ngangguk. Walau kelihatan wanita Emirati yang mungkin ibu kepada anak-anak tersebut terus menjauhkan diri dengan henfon yang tidak henti berdering.
"Memang tepat. Seperti Asif, dia memperkenalkan saya kepada ramai ibu yang datang membawa anak-anak mereka bermain di sini. Kanak-kanak seperti Asif, Shah tidak peduli siapa sembahyang kepada tuhan mana, apa bahasa yang dipertuturkan di rumah, apa warna kulit kawan-kawan mereka, semuanya sama sahaja bagi mereka, kawan-kawan!"
Nah! Komen Shahnaz itu seakan peluru yang tepat mengenai sasaran.
Anna pernah terpesona melihat suasana bilik darjah abang kepada Shah, Farhan yang seperti
Membayangkan indahnya spektrum monokrom keseluruhan wajah kemanusiaan sejagat. Dari yang putih melepak, sawo matang, kelabu, merah ke hitam legam. Di sebalik warna-warna kulit, jasad yang sama-sama berasal dari tanah dan akan pulang ke tanah.
Mungkin Shahnaz sama membayangkan apa yang Anna bayangkan di antara bebayang pohon-pohon di taman. Kemilau cahaya antara dedaun dan angin lembut menjadi latar belakang satu suasana ideal. Kalaulah dunia seluruhnya sama suasananya.
"Memang indah dunia kanak-kanak!"
Sepatah ucapan Shahnaz yang bergema.
Anna sama mengangguk. Mengingati zaman kanak-kanak yang jauh dan lama di tinggalkan.
"Menyeronokkan dan saya antara generasi yang bertuah, kami hidup dalam perubahan yang fantastik dan drastik. Lihat sahaja pertumbuhan teknologi, terutama Internet, segalanya mungkin dan berkembang pesat dalam jangka hayat kami!"
Shahnaz meneruskan perbualan dengan membuka komputer ribanya.
"
Tidak juga berchating dan SMS seperti anak dan menantu walau dalam rumah, Anna lebih suka bersembang secara berdepan seperti setiap pagi dengan Shahnaz. Bukan kerana berfikiran lama atau kolot, sekadar lebih selesa dan menyeronokkan.
"Rasanya ada, limpahan wi-fi dari rumah sebelah taman....!" Shahnaz ketawa.
Dalam Shahnaz membuka komputer riba, Anna melihat ke arah burung-burung berterbangan.
Mereka duduk antara pokok-pokok bunga pelbagai warna. Walau musim sejuk, bunga-bunga terus menghiasi taman dan mengingatkan Anna kepada keindahan musim bunga di hemisfera utara.
Di bumi mewah yang pernah menjadi kuasa besar dunia. Sama ada sebagai pengganas, lanun, perompak yang merampas milik pribumi serata dunia, mahupun sebagai penjajah yang memerdekakan tanah-tanah jajahan di bawah payung komanwel.
"Sebenarnya generasi saya lebih bertuah, kami menghadapi perang dunia, perang dingin, perang Timur Tengah, perang Iraq, perang Falkland, perang di serata muka bumi, kemudian keamanan yang penuh prasangka dan kini melihat dunia semakin terancam oleh pemanasan global!"
Shahnaz terkejut yang Anna begitu prihatin terhadap alam sekitar. Orang tua di penghujung usia yang mungkin sepatutnya memikirkan soal-soal selepas nafas tidak lagi berhembus.
Seorang tua yang kini menjadi pembantu rumah. Membantu anak dan menantu untuk menjaga cucu dalam menghabiskan masa. Masa tersisia yang mungkin sudah defisit dalam usia 'warga emas' sebegini.
Dalam jauh Anna merawang, klikan di layar komputer riba membawa Shahnaz ke dunia siber. Segera Anna sama melihat layar yang memaparkan gambar-gambar dari laman blog peribadi Shahnaz. Shahnaz mahu mengemas kini dan menaik muat foto terbaru.
Tiba-tiba Shah datang menghampiri diikuti oleh Asif. Tergelek-gelek dan menampakkan lampin pakai buang. Mereka berdua sudah kedahagaan dan mencari air.
Anna menghulurkan botol air. Shahnaz berbuat sama untuk Asif.
Shah segera
"Jangan lupa, pesan ibu, baca apa sebelum minum atau makan?"
'Bismillahirrahmanirahim!"
Shahnaz memandang ke arah Anna sebaik Shah menghabiskan kalimat itu.
"Kamu Muslim?" Tanya Shahnaz kepada Anna. Memang dia mahu bertanya sejak dari mula. Anna tidak bertudung dan berpakaian ringkas. Anna hanya tersenyum dan menggeleng.
"Belum lagi... anak bongsu sudah, cucu semua Muslim!" Jawab Anna pendek sambil memeluk Shah. Terserlah ada iras-iras kedua nenek dan cucu.
Shahnaz mengangguk-angguk. Tersenyum.
"Kamu tentu Muslim bukan?" Tanya Anna kepada Shahnaz. Matanya melihat ke arah skrin komputer, gambar Shahnaz dengan keluarganya. Sesuatu imej yang agak janggal.
Lebih lagi setelah mempunyai pengalaman tinggal di bumi Arab.
Walau ada persepsi yang menakutkan mengenai umat Islam dari media, Anna banyak juga memahami konsep ajaran Islam. Banyak yang dipelajari dan sedang dipelajari daripada pelbagai sumber. Setelah berkenalan dengan Shahnaz, Anna merasakan ada sumber lain yang boleh didapati.
Sebenarnya minat Anna terhadap Islam semakin mendalam setelah menjadi 'pembantu rumah' menjaga Shah. Setiap pesan seperti membaca Bismillah sebelum makan, Alhamdulillah selepas makan daripada menantunya kepada Shah seakan pesan kepada dirinya juga. Bagai suara halus yang memanggil-manggil jiwanya yang kosong.
Anna terkejut apabila dengan perlahan Shahnaz menggeleng. Sambil jauh memandang ke arah langit yang biru. Awan-awan hitam berarak. Mendung pada musim dingin yang bakal membawa hujan di tengah hari.
Anna terdiam lama mendengar kata-kata yang bagaikan mengejutkannya daripada sebuah mimpi manis. Mimpi yang berkilauan daripadabalikan sinaran matahari pagi di taman Twar 3.
"Kami sebenarnya penganut Bahai!"
INFO: Fudzail
FUDZAIL nama pena bagi Fudzail Mohd Nor, ekspatriat
No comments:
Post a Comment