“SUDAH dua puluh lima buah bahtera dagang santeri karam,” dengus John Kreamer, borjuis bernasab Inggeris. Dia menyedut nikotina dari paip kayu kokkanya dalam-dalam lantas menyambung, “Semuanya dek kesialan batu-batu putih itulah.”
Ya, memang sayalah yang ditakwilkan oleh borjuis angkuh itu. Esok umur saya 156 tahun. Dalam meniti usia panjang ini sempat bersua dengan kolonial Inggeris, mengalami zaman Jepun semasa dibom, konfrantasi, tuntutan kemerdekaan, reformasi dan banyak lagi. Dan pasti saja Tuhan amat bertimbangrasa memberi saya hayat yang sepanjang ini, semoga akan panjang lagi.
Hampir terlupa memberitahu nama. Maklumlah dengan usia sepiku ini kerangka fikiran dan paksi rasional kadangkala ilam-ilam. Nama saya Horsburgh.
Sekitar 1820-an. Atau mungkin 1850-an.
“Baik kami kabulkan seperti sembah Stamford Raffles, wakil Kompeni itu. Kami kurniakan tanah Temasek ini kepada Kompeni dan jikalau kami sudah kurniakan tiada siapa dapat mengata kami, kerana kurnia ini sudah titah daripada Duli Yang Dipertuan Sultan Husain dari titis warisan negeri Berhampar Emas Kuning, dan segala hukum di laut itu putus di laut jua dan hukum di darat, putusnya di darat jua.”
Titah baginda Sultan di perkarangan Istana Gelam telah diwartakan ke serata corong telinga kelas rakyat negeri Berhampar Emas Kuning dan Temasek.
“Masakan hal sebegini mahu dikumpulkan kita hamba rakyat ini beramai- ramai,” rungut seorang awak perahu. “Bukankah lebih baik kita bersibuk-sibuk dengan petak niaga di jong saja.”
“Heh! Kamu ini lagaknya Padang, omongnya Betawi!” tingkah taulannya, juga seorang awak perahu, “Sultan memasyhurkan perjanjian dengan Kompeni itu kepada sekalian hamba rakyat dan lapis bangsawan supaya tidak kemudian hari Sultan menjadi manusia yang kanan dalam buhul perjanjian, kiri dalam rangka kehidupan. Mengerti?” rincinya seraya menepuk bahu kiri taulannya.
Dan bermula tika itu, Temasek telah ditalak tigakan dan berparak dari negeri Berhampar Emas Kuning, sungguhpun kedua-dua negeri dirintis oleh moyang yang sama yakni Parameswara.
Pawana berpuput lunak lewat petang itu, kelibat sekawan burung camar laut kelihatan bermain-main di muka gugusan batu dan terumbu. Hembusan asap nikotina dari paip John Kreamer berantaian memenuhi ruang peterana lawang di dalam jong milik Syarikat Hindia Timur Inggeris itu.
“Perbincangan antara juak Anglo-Saxon di London bulan lepas ada mengesyorkan supaya ditegakkan sebuah rumah api di situ,” sambut Kapten James Horsburgh dalam nada tenang serentak membuang pandangannya melalui bingkai tingkap ke tengah laut. .
“Jadi sekarang, apa yang mesti Kompeni lakukan?” tanya John Kreamer.
Kapten James Horsburgh mengisar-ngisar letak punggungnya agar lebih selesa dan kembali memandang raut taulannya. “Ada dua hal yang harus kita ikhtiarkan. Pertama sekali berkenaan dana untuk membeli bahan binaan,” penjelasan itu tiba-tiba dipintas oleh John Kreamer.
“Itu hal yang enteng! Nanti orang-orang suruhanku akan dikerah mengutip yuran daripada para pedagang di Canton. Hmm, laba kerajaan Negeri-Negeri Selat akan lebih segera berhasil dengan wadah ini. Apa lagi yang kita perlu?” dia menyalakan semula tembakau yang kematian api.
“Mengenai kebenaran daripada Sultan dan Temenggung negeri Berhampar Emas Kuning. Jikalau merujuk kepada Perjanjian Crawford di dekad lalu, gugusan batu-batu putih dan terumbu ini letaknya dalam lingkungan jajahan takluk Sultan Husain,” jelas Kapten James Horsburgh bersungguh-sungguh.
John Kreamer menyeringai dan kemudiannya menyimpulkan perbualan pada lewat petang itu.
“Jika begitu halnya, segeralah engkau karang satu surat perjanjian mohon kebenaran, bertinta emas putih. Errr, dan berlapik kain halija beroci sekayu. Utuskanlah secepat mungkin kepada Temenggung.”
Dengan amat perlahan, menurut perintah dari alam ghaib, mentari beransur turun, turun ke dasar laut yang tidak kelihatan tanah tepinya. Cahaya kirmizi telah mulai terbentang di ufuk barat, dan bayangnya tampak mengindahkan raut lautan yang linang tidak beralun.
Benar. Pangkal nama saya disalin daripada nama Kapten James Horsburgh itulah. Barangkali masih ramai yang tidak mengenali, atau langsung tidak ingin mengenali siapa saya. Sudah hampir benar usia saya menyentuh 156 tahun. Dan bahawasanya umur 156 tahun adalah umur yang genting dan serius.
Mutakhir
Mungkin sebelum ini, lingkungan masyarakat mutakhir tidak begitu mengetahui mengenai era saya. Dan jika tidak mengetahui tentang era saya, tetapi secara tiba-tiba pula ingin berada di era itu, barangkali sesiapa pun tidak dapat mengasihani apa yang sudah berlaku.
Sekitar 1840-an merentang 1850-an.
Hujan mulai turun. Renyai. Batu-batu dan terumbu yang dibungkus najis putih burung camar laut terpalu oleh titis-titis air dari langit -melantunkan satu himpunan bunyi yang mengasyikkan. Hawa panas sebelumnya teruap naik mendadak bersama bau najis burung camar laut mentamsilkan satu aroma yang agak tengik dan merengsakan.
“Di sini, tidak guna bernafas. Udaranya tidak baik!" laung seorang kuli pengangkat besi dan batu kepada taulannya yang berada kira-kira tiga rantai dari gigi air. Renjis hujan membelai muka, ubun-ubun dan sesekali tapak tangan.
“Aku hairan bagaimana orang Inggeris dapat menghimpunkan besi-besi, batu-batu, dari seluruh negeri Eropah dengan pantas sekali?” balas taulannya sambil melepaskan lelah dengan mendepangkan tangan; sekejap ke atas, sekejap ke bawah.
“Begini berat dan banyak pula, mesti tenaga gajah yang diperah. Tapi gajah geraknya tentulah lambat,” gumamnya sendiri. Suaranya terkulum. “Kalau kudrat kuda pula ditagih, mana larat hendak memikul, sungguhpun kuda sifatnya kencang berlari.”
“Hai kawan, kau jangan tidak tahu. Orang Inggeris sudah mengahwinkan gajah dan kuda! Sebab itulah beban di atas batu jemala kita ini cepat sampainya dari Eropah ke timur ini,” jelas kuli yang mula-mula.
Melihat perihal taulannya seperti terpukau dan kebingungan, dia lantas menokok, “Orang Eropah punyai kereta api. Gajah yang berkaki kuda! Sebab itulah mereka pantas serba-serbinya.”
Lowongan tawa dua orang kuli tempatan dan rasa pegun terhadap kecanggihan teknologi Eropah menokok iklim hingar medan kerja pembinaan rumah api di gugusan batu-batu dan terumbu itu.
Pagi itu fenomena alam anyaman Pencipta sungguh indah. Paluan gendang hujan semakin galak. Rancak. Serancak kerja membangunkan sebuah menara bantuan pelayaran; yakni Rumah Api Horsburgh - pedoman bagi ahli pelayaran dari masyrik lalu ke maghrib, dari daksina lalu ke paksina.
Sekarang benarkanlah saya bercakap sedikit tentang sesuatu yang lebih berjejak. Period 156 tahun itu sebenarnya singkat. Saya berpeluang merakamkan satu dua hal dalam jalur lintasan ingatan. Dan satu dua hal itulah sebenarnya ruang saya mempelajari lapis-lapis makna hidup.
Sudah lama saya memerhatikan sebatang pokok yang bertenggek di pulau batu dan terumbu itu. Dan penenggek itu sudah bertunjang sisi saya sejak awal tahun kurun yang lalu. Di sinilah juga saya sempat memahami ruang kesalingan dan erti simbiosis.
Benar. Sesungguhnya alam tabii banyak mengasuh makhluk agar hidup dalam kesalingan dengan pesaing. Bagaimana pokok sanggup mengizinkan burung camar laut bersarang di dahannya, menghantar makna simbiosis yang amat jelas kepada saya.
Pokok melindungi burung daripada dimangsai pemangsa dan memberi keselesaan pula kepada serangga yang menjadi santapan tembolok burung.
Memang dalam ruang kesalingan itu burung yang bersarang selalu mendapat manfaat, manakala pokok tidak pernah kerugian barang sekerat beras pun. Malah, pokok dengan unggas yang bertenggek di atas dahannya adalah lebih indah berbanding pokok yang berdiri sendiri tanpa makhluk lain.
Kerak-kerak kilatan peristiwa daripada alam tabii pada era ini acap kali berulang- ulang seperti ombak falsafi dalam ruang benak saya. Penenggek yang sanggup ditenggek memetaforakan satu pola kesalingan yang akrab sekali.
Namun, tenang-tenang air di laut, siapa tahu kuak tajam di dasarnya? Saya berasa amat duka pada tahun-tahun kebelakangan ini. Segelintir puak penenggek yang pongah telah mencantas mati lambang semiotik tabii itu.
Dipancangnya tapak tempat kenderaan udara yang berkipas buas, betul-betul di atas batu datar yang pernah menjadi saksi pokok dan burung bersimbiosis. Diboboti lagi dengan segala macam mesin manipulasi simbol sintaktik yang merubah terus raut gugusan batu dan terumbu tempat saya bertenggek selama ini.
Tapi tidak mengapalah. Di dalam ruang benak yang terkejut kosong ini, saya gagahi juga meladeni segala rencam ragam puak penenggek itu. Simbiosis yang selama ini menjadi buhul kesalingan ditukar gantikan dengan parasitisme pula.
The Hague, Belanda. 24 November 2007 tahun masihi.
Di luar kamar Mahkamah Keadilan Dunia dihurungi para wartawan yang berjujuk memetik berita perbicaraan kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Singapura dan Malaysia. Kegelagatan suasana yang ruwet ini melahirkan iklim yang agak tegang antara dua negara jiran itu. Hal perairan adalah soal kedaulatan yang perlu ditekuni dengan berimbang dan waras.
Mahkamah
Hujah-hujah mantik dan ulas reduksionisme bersiponggang di kamar mahkamah. Barisan delegasi dan peguam dengan busana kehakiman dari kedua-dua negara saling tingkah-meningkah dalam mencapai buhul kata yang muktamad.
“Sebagai pengendali Rumah Api Horsburgh selama 156 tahun, Singapura dengan alasan ini wajar tampil bagi menuntut Pedra Branca, seterusnya mewujudkan rejim maritim yang baru,” wakil peguam dari negara republik itu memberi dalil sambil mengetuk pena ke birai meja.
“... dan agar kesinambungan Sistem Rangkaian Rumah Api Negeri-Negeri Selat yang diwarisi daripada British tidak dikhianati, maka segala hujah Malaysia adalah kosong semata-mata,” tokoknya lagi berbau sinis.
Dengan nada yang sederhana tetapi tegas, Duta Tugas-Tugas Khas Malaysia membalas pukulan hujah daripada wakil Singapura. “Yang menuntut adalah Singapura, walhal Malaysia mahu mengekalkan kedaulatannya di Pulau Batu Putih untuk memastikan ia kelak tidak dijadikan alat oleh republik ini untuk mengeruhkan hubungan serantau.”
“Analoginya mudah, sebagai penjaga rumah api di situ, Singapura tidak mempunyai apa-apa kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, melainkan menjalankan tugasnya iaitu ‘menjaga’. Jadi mengapa Malaysia perlu membuat apa-apa?” rangkuman Duta Tugas-Tugas Khas Malaysia mengunci matikan petikan lidah peguam Singapura.
Dunia ini dan kehidupan ini sebetulnya adalah ulangan, ulangan dan ulangan. Sudah terlalu lama rasanya saya mengamati pengulangan alam ini. Dan sepanjang hayat yang bakal bertambah ke angka 156, secara tamsilnya saya cuma hidup dalam tiga hari, atau lebih tepat tiga masa.
Hari semalam sudah menjadi batas historiografi. Hari ini ialah apa yang sedang direbuti dan ditelagahi. Dan tentunya esok merupakan ruang masa yang masih tebal dengan kabus teka-teki.
Rupa-rupanya secara tidak disangka insan terlalu lekas berganjak meninggalkan acuan peribadi. Daripada sifat kemanusiaan unggul beralih menjadi manusia yang terlupa. Daripada alam simbiosis kesalingan berengsot kepada jagat parasitisme.
Dan memang esok bukanlah sekadar hari jadi ke 156 saya, tetapi hari saya membiarkan alam semulajadi mengajar dan mengasuh kerangka mental ini sekali lagi. Hari ini, menanti dengan penuh ragu dan getar, masih inginkah lagi insan di laut selbia dengan cahaya api saya?
Showing posts with label MM. Show all posts

Tuesday, May 20, 2008
Wednesday, May 14, 2008
KETUANAN
“SEJARAH tetap akan berulang kembali, tetap akan tercipta dan dicipta sama ada secara sengaja atau pun secara tidak sengaja kerana sejarah itu sendiri adalah antara rencah kehidupan, pelengkap ketamadunan dan suatu keperluan bagi mencerminkan identiti sesuatu bangsa,” Deroman Dollah yang lebih terkenal dengan Deroman Botak berhujah. Suaranya keras.
Pelanggan warung milik Mamak Punjab memusatkan perhatian kepada Deroman yang memang mereka kenali. Deroman suka berhujah, selain dari banyak membaca, kepalanya yang botak membuktikan dia tergolong dalam bilangan orang yang cerdik dan berpandangan luas.
Setiap pagi selepas membaca halaman-halaman dua suratkhabar berbahasa Melayu dan satu suratkhabar berbahasa Inggeris, dia akan bercakap dan mengulas tentang isu-isu paling baru, termasuklah isu pemeliharaan babi secara besar-besaran yang sangat ditentangnya.
Ulasan panjang lebar, malah bila digambarkan tentang macam mana jantung, hati, kepala dan daging babi yang dipaparkan pada laman web bagi tujuan dagangan menggunakan teknologi maklumat, ada pelanggan warung mamak yang termuntah, seolah-olah haiwan muncung gelebek yang Allah sebut dalam al-Quran larangan memakannya itu sedang dilapah di depan mata.
Dia juga mengulas dengan panjang lebar dan hujah-hujahnya pula munasabah kerana kononnya gara-gara terjebak dengan permainan politik ikut perasaan, permainan politik ikut trend, nak seronok dan terpengaruh dengan retorik, ketuanan bangsa terhakis di beberapa negeri, malah ada tokoh ketuanan yang dibonekakan:, ada kerusi ketuanan tetapi tidak ada kuasa ketuanan.
Maka pemeliharaan babi yang namanya bila disebut pun boleh menjengkelkan bangsa ketuanan telah menjadi keutamaan pelaksana projek gara-gara ketuanan itu sendiri telah berjaya dipermainkan kerana bangsa pertuanan sendiri cuba bermain api, menyebabkan tangan sendiri terbakar, sekali gus bangsa ketuanan tidak mampu untuk tidak dipermainkan.
Hujah-hujah Deroman boleh menyebabkan mereka yang mendengarnya menanah telinga, boleh terbakar hati dan perasaan. Yang ada penyakit jantung boleh jatuh tersungkur dan menggelupur macam ayam kena sembelih, kalau lambat dibawa ke hospital, boleh padam dibuatnya.
Semail Samat atau dikenali dengan Semail ikan kenye mencebikkan bibir menjadikan mukanya yang tak berapa lawa semakin hodoh. Dia digelar Semail Ikan Kenye kerana bila bercakap mulutnya nongek-nongek sebiji macam ikan kenye kena kail.
Dia adalah kawan paling akrab Deroman.
“Mu buta....”
“Tak buta lagi, baru keceng. Itu pun cuma sebelah mata” belum sempat Deroman habiskan cakapnya, cepat benar Semail memintas.
Deroman tergamam. Mulut terlopong dan tergohong.
Semail sendiri kata kalau bukan kerana Jimah Tonggek yang sanggup jadi bininya, mungkin dia tidak akan terasa berbini sampai ke hujung nyawa kerana dia tak lawa macam orang lain, jalannya pula rencak anjing dengan sebelah matanya pula keceng.
Zaman dia muda dulu selain dari calon menantu kena khatam al-Quran dan kena tak tinggal sembahyang, syarat lain lain ialah kena ada rupa, kena comel bagi menantu perempuan dan kena lawa bagi menantu lelaki.
Kononnya bini yang comel atau laki yang lawa akan melahirkan anak-anak yang sedap-kelih, anak-anak yang nantinya bila besar mudah nak berlaki bagi yang perempuan dan mudah pula nak berbini bagi yang lelaki.
Sekarang keadaan dah berubah, cara pemilihan menantu juga dah berubah, asalkan ada banyak harta benda, asalkan kaya raya, ada pangkat dan darjat. Hasil perkahwinannya dengan Jimah, dia dapat dua belas anak, enam lelaki dan enam lagi perempuan.
Anak perempuannya ikut macam emak mereka, tonggek belaka. Pun begitu mana cuma tinggal yang masih bersekolah, lima anak perempuannya yang dah besar lebar, sudah pun berlaki belaka.
Keenam-enam anak lelakinya yang semuanya sudah besar panjang, termasuk yang jalan rencak anjing, yang mata keceng sebelah dan mulutnya juga macam ikan kenyen sepertinya, juga semuanya dah berbini.
Bini anak-anak lelakinya sedap kelih belaka kerana semua anak-anaknya lepasan universiti dan kerja berpangkat besar belaka. Anak buah masing-masing panggil tuan, maknanya anak-anaknya itu jadi boss tempat kerja masing-masing.
Bila dah bertali leher dan berkot, jalan rencak anjing yang tak molek dikelih pun jadi nampak molek, kononnya itu gayanya jalan orang besar-besar, ada gaya tersendiri, tidak stereotaip, tidak klise dalam bergaya dan pembentukan personaliti.
“Aku tak maksud mengata kau, Semail. Apa pun paras rupa kau, itu adalah yang telah ditakdirkan kepada kau. Tidak ada siapa pun berhak untuk mempersenda dan mempersoalkannya. Siapa kau, malah siapa aku dan segala makhluk yang ada di bumi dan di langit untuk mempersoalkan takdir dan ciptaanNya yang pasti ada hikmahnya. Mempersoal, mempersenda atau tidak bersyukur dengan takdir, ketentuan dan ciptaanNya, berdosa.”
“Aku salah sangka rupanya. Aku ingat kau tuding ke aku tadi.”
“Kerana itu dalam berhujah, kau kena benar-benar tahu bahan dan isu yang sedang dihujah.
Jangan mudah cebik bibir atau terlalu mudah salah sangka.”
“Aku minta maaf.”
“Kalau memang ada salah kau kepada aku, maka aku maafkan. Macam mana pun aku rasa kau tak ada salah apa-apa dengan aku untuk aku maafkan.”
Semail tersengih dan ngonek-ngonek mulutnya semakin jilah menyerlah.
“Kalau aku pula ada bersalah pada kau sama ada secara sengaja atau tak sengaja, aku minta maaf.”
“Insyaallah, akan aku maafkan”
“Tadinya aku mahu bercakap tentang sejarah ketuanan bangsa kita. Sebenarnya kalau nak kenal bangsa pertuanan kita, untuk merasa lebih sayang kepada ketuanan kita, bangsa kita kena tinggal di Pattani dan kena kenali masyarakatnya. Aku dah ada pengalaman tinggal di sana, di Krisek yang menjadi pusat keagungan pemerintahan kerajaan ketuanan kita. Aku mencari gali sejarah kehebatan bangsa kita di sana.”
Semakin ramai yang memberi tumpuan kepada Deroman yang pernah berkesempatan tinggal bersama anggota komunis Melayu di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha untuk mencari dan mengenali ketuanan bangsanya.
“Aku berani katakan kebangkitan kehebatan bangsa ketuanan kita dalam membina tamaddun, seiring dengan kehebatan kebangkitan Islam yang menjadi agama anutan bangsa ketuanan kita. Sebenarnya kehancuran Pattani itu adalah antara kehancuran bangsa pertuanan kita.
“Meskipun kini antara kita dengan Pattani berada di dalam suasana politik yang berbeza, namun antara kita dengan Pattani tetap bersama dan ada persamaan ke arah wawasan penyatuan ummah, juga selamanya akan seiringan dalam mengembangkan keagungan Islam di Nusantara.
“Berdasarkan penghisaban dan perkiraan Hassan al Banna, tokoh Ikhwanul Muslimin di Mesir, suasana dunia hari ini meletakan Barat pada kedudukan sedang menuju kepada kehancuran dan Timurlah yang akan mengambil alih kekuasaan dunia darinya nanti.
Profesor Dr.Hamka mengatakan di dalam bukunya Sejarah Islam di Indonesia bahawa kebangkitan Islam di timur tidak diragukan lagi iaitu manakala konflik dan peperangan sudah merata hampir di semua negara-negara umat Islam terutama di kawasan Asia Barat.
“Pemikir Islam terkemuka dari Algeria, Malik Bennabi ketika membincangkan tentang Islamic Commonwealth memberi pandangannya bahawa selepas Perang Dunia II, Islam akan berpusat di Asia Tenggara bukan lagi berpusat di Mekah, Mesir, Baghdad, Turki dan Yaman Selatan.
“Penulis Amerika, Judith Nagata yang membuat kajian ilmiah tentang Islam di sebelah sini memberi gambaran tentang masa depan kebangkitannya Islam yang akan muncul memegang kuasa politik.
“Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura yang begitu prihatin terhadap “the rising tide of Islam” menyatakan kebangkitan yang melanda ini tidak mungkin dibendung lagi.
“E.J. Brill‘s First Encyclopaedia (1913-1936), di halaman 115 menyebut bahawa umat Islam akan mendatangi seorang ‘pemuda’ yang datang dari sebelah Timur sebagai penyelamat pada akhir zaman.
“Arus kebangkitan Islam nampaknya akan bermula dari sebelah sini. Patani dan Kelantan sebenarnya sudah pun menyediakan tapaknya. Kebanjiran gerakan-gerakan Islam dan wujudnya institusi-institusi pengajian agama mula melanda di merata-rata tempat seperti tumbuhnya cendawan musim hujan.
“Dua negeri kembar ini adalah yang paling menonjol di Timur dan bersungguh untuk mengemblengkan kegemilangan Islam di Nusantara. Kiranya ini menjadi satu kenyataan maka benarlah seperti sabda Nabi s.a.w.,“Akan berlaku pada akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur.
“Bukanlah satu perkara yang mustahil bila tiga buah negeri yakni Patani, Kelantan dan Acheh yang dideklarasikan sebagai negeri Serambi Mekah mampu berperanan kembali dalam kebangkitan Islam ini dan mengulangi lagi detik-detik sejarahnya.
“Perjuangan Tok Kenali di Kelantan, Haji Sulung di Pattani dan Teuku Tjhik Muhammad Dawud di Beureueh adalah sebagai pembuka jalan dan kita kemudian dari merekalah yang kena mengorak langkah supaya tepat sasarannya sebagaimana dalam perancangan orang-orang yang terdahulu.
“Di bumi Nusantara yang sudah lahir baka-baka Bani Jawi atau Al-Jawiyun dari nabi Allah Ibrahim a.s. melalui isterinya Siti Qhatura dari pergunungan Himalaya yang kemudiannya bercantum dengan keturunan Syed Husein Jamadil Kubra, zuriat dari Rasulullah s.a.w., pasti akan muncul warisan-warisan yang akan mengibarkan panji-panji Islam di sebelah sini.
“Ini yang kita kena perjuangkan, yang kita kena jaga, yang kita kena pelihara dan julang serta yang kita kena dipastikan sentiasa terjulang. Segala-galanya tidak akan bermakna apa-apa kalau identiti ketuanan kita hilang di sebalik retorik, kalau kekemarukan dan ketaksuban kita kepada kebenaran Islam pupus dan lupus.”
Deroman berhenti berhujah bila hujahnya tidak disanggah.
“Sejam aku bercakap dan berhujah, sepatah pun tak ada celahan?”
“Aku rasa mereka tak faham apa yang kau hujahkan, macam aku juga yang tak faham dengan apa yang kau hujahkan,” sahut Semail.
“Aku sedang bercakap tentang ketuanan”
“Apa itu ketuanan?”
“Rasa berhak, rasa kitalah tuan kepada bumi warisan nenek moyang ini dan kita kena terus jadi tuan, bukannya jadi perkakas yang diperkakaskan.”
“Perkakas yang diperkakaskan?"
“Hm.”
“Kau buat aku jadi semakin tak faham.”
“Apa yang kau tak faham?”
“Perkakas yang diperkakaskan.”
“Maknanya, kita jangan jadi alat. Kalau jadi ketua, kita kena pastikan kita ada kuasa pemutus. Bukan hanya jadi ketua tetapi kata putusnya orang lain yang buat. Kalau macam tu jadinya, kalau jadi ketua tanpa berpasak dan bertiang-serikan ketuanan, bangsa kita yang jadi ketua akan ibarat mengkarung parut nyior saja. Nothing.”
“Kau fikir itu akan berlaku?”
“Bukan akan lagi tapi telah dan sedang berlaku.”
“Contohnya?”
“Pemeliharaan babi besar-besaran menjadi projek yang disegerakan untuk nantinya bumi warisan pertiwi ini jadi pengeskport babi terkemuka sedangkan haiwan itu bukan sahaja diharamkan memakan dagingnya tetapi memperdagangkan dalam bentuk hidup atau yang sudah siap dilapah adalah haram. Pengharaman memakan dagingnya disebut dalam al-Quran.”
“Jadinya?”
“Ada negeri yang mahu menjadikan ternakan haiwan itu sebagai suatu perusahaan.”
halal
“Kenapa pula utamakan yang haram sedangkan yang halal masih banyak untuk diusahakan?”
“Kerana semangat ketuanan kita mula terkikis dan terhakis. Kerana ada bangsa kita yang jadi ketua tanpa ketuanan. Faktor lain kerana kita gagal menguasai ekonomi dan segala milik kita boleh dibeli.”
“Termasuk kuasa?”
Deroman segera memeluk Semail membuat Semail tergamam dan tersentak. Belum pernah ada orang memperlakukan begitu.
Isterinya sendiri dirasakan tidak pernah ikhlas memeluknya sebagai suami kerana barangkali fizikal yang sangat tidak menarik kurang merangsangkan.
Pun begitu dalam pelukan yang tidak pernah erat kerana pelukan isterinya baginya tidak ikhlas, terhasil juga dua belas orang anak, agaknya kalaulah isterinya memeluknya sebagai eratnya
Deroman memeluknya, dia dapat lebih ramai anak.
“Apa ni?” Soal Semail. Pelukan Deroman yang terlalu erat menyebabkan dia terasa susah nak bernafas.
“Aku terharu, Semail.”
“Terharu?”
“Ya. Sangat terharu.”
“Apa pun lepaskan aku dulu. Aku kena bernafas”
“Kau dah mula diresapi dan tersuntik semangat ketuanan bila kau sanggup berkata benar bahawa antara milik kita yang boleh dibeli adalah kuasa.”
“Aku tak tak faham.”
“Jangan berdalih. Aku yakin kau faham dengan apa yang kau cakapkan. Demi kepentingan ketuanan, kita kena berani berkata benar, Semail.”
“Apa kata benar yang telah aku ucapkan?"
“Kuasa ketuanan kita kini boleh dibeli.”
“Tak kena tangkap aku nanti cakap macam tu?"
“Kenapa pula nak kena tangkap.”
“Tak ke yang aku terlepas cakap tadi tu ada unsur-unsur perkauman?”
“Bangsa yang memiliki semangat ketuanan tulen tidak akan pernah rasa takut untuk bercakap tentang ketuanan. Kalau kau hidup mewah tetapi tanpa ketuanan, nilai kau akan lebih rendah dari seekor haiwan dari sudut nilai ketuanan.”
“Kau....”
“Minta maaf, demi ketuanan, aku kena berkata benar walaupun pahit untuk ditelan, kata-kataku bagi sesetengah orang tajamnya macam seligi batang nibung meradak telinga.”
Semail membisu, hanya mulut seakan mulut ikan kenye sahaja yang ngongek-ngongek. Deroman terus bercakap tentang ketuanan walaupun ketika itu yang ada di warung Mamak Punjab hanya dia dan Semail sahaja.

Monday, March 31, 2008
BAYANG DI TIRAI BELULANG
Karya
Serunai Faqir
Bayang 1“Apa maksud bicaramu?”Lensanya tepat menikam anak mata Jamian. Bibirnya seakan ingin menarikan kata-kata di kelir amarah. Lelahnya tidak sempat dibaringkan, dikejutkan pula untuk berdalang lagi. Kali ini berdalang dengan teman yang hampir sebaya usianya.
“Anak muda sepertimu tidak harus berfikiran kolot! Inikah hasil didikan yang kau perolehi semasa pengajianmu dahulu?" Tajam belati kata menusuk kalbu. Amin bangun membentangkan semula kelir perdebatan.
Naluri mendesak dia untuk mempertahankan maruah bangsa. Hatinya luka dengan panah tuduhan yang dilepaskan dari busur lelaki yang berambut sederhana panjang itu.
Tombak kata pun diluncurkan, cukup sudah Amin bertahan di kota kesabaran.
“Perdalangan ini sudah menyungai dalam urat, sendi, nadi dan nafasku sejak kecil lagi. Ini adalah amanah bangsa, Jamian. Amanah yang harus kucanangkan ke dalam nubari anak watan.
Perjuangan gemulah Wak Cemplok adalah perjuanganku.” Amin membetulkan sila, sila seorang panglima yang sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Ini yang kau pertahankan?" Bundar matanya, Jamian bangun dan menghampiri peralatan muzik Wayang Purwo kebanggaan Amin.
“Sangkaku negara bakal mengecap manis buah akal dan zat budimu dalam bidang pembuatan rumah dan bangunan. Nampaknya aku sudah silap menyisipkan keris bukan di sampirnya.”
Anoman sudah meronta dari dalam dirinya meronta mohon dilepaskan terjahan gada-gadanya.
“Kenapa tidak?” Bisa kata bagai menyucuk jantung.
“Apakah laut fikirmu secetek Tambak Johor yang hanyut bersama arus globalisasi? Sayang, sayang, negeri amat rugi memiliki rakyat sepertimu.”
Jamian mengilas tenungan seorang panglima yang sudah begelora diamuk badai maruah.
“Sayang, sayang kenapa?”
“Kau melihat, tapi tidak memandang. Kau mendengar tapi ketulianmu yang lebih besar. Punya hati tapi terkatup rapat, terkunci mati. Dalam bicara tidak mengerti seperti kakaktua.”
Jamian ketawa lagi. Lebih keras dari yang mula.
“Kau yang buta dan tuli. Tidakkah kau mendengar laung raung kemajuan merayap di segenap ruang dan pojok? Dan kau? Membenamkan diri di kampung ini tanpa sebuah pengertian sambil melayangkan patung Purwo yang tidak pernah kenal semua itu.”
Bayang 2
“Jasamu diperlukan untuk menpertegakkan lagi keampuhan kubu dari seteru. Dan semangat kota ini harus dibayarkan dengan keringat dan darahmu! Lagi pun, mana mungkin terjamah lazat madu tanpa dilurutkan sarang terlebih dahulu. Tenagamu diperlukan, mengerti!” Nadanya keras menombak di hati.
“Wahai Gatotkaca, kelmarin telingaku menangkap berita bahawa laskarmu persis kekarnya seladang jantan, segagah harimau terluka. Apa ada dengan seterumu jika dibandingkan dengan hebat laskarmu? Aku hanya seorang panglima raja yang kecil.”
Anoman mengusap gada-gada, pandangan saling bertukar. Ada sinar ketegangan saling menyambung di anak mata. Bahang makin terasa. Sepi membunuh suasana. Anoman masih mengusap gada-gada untuk kesekian kalinya.
“Rupa-rupanya faham masih belum berlabuh di teluk benakmu. Apakah kekuatan itu berpunca dari urat dan otot yang silang menyilang timbul di tubuhmu wahai Gatotkaca?”
“Maksudmu?” Matanya yang tadi mencerlang dikecilkan. Gatotkaca bingung, tidak mengerti buah bicara Anoman.
“Kekuatan yang paling abadi harus muncul dari hati yang bersih. Tujuh urna bianglala harus diakrabi, baru timbul kenal. Apabila rasa sudah bertaut, perkenalan bertambah intim. Dari situ kekuatanmu bakal menjelang hingga ke nafasmu yang bakal ternoktah.” Sengaja dikias agar dapat menjajah langit tanya Gatotkaca.
Terhinggut-hinggut Gatotkaca, gelihati. Hatinya sudah lembut, kini.
“Tapi ikhtiar itu perlu Anoman. Apa pun yang kau perkatakan, kekuatan mesti bangkit dari jiwamu yang kuat.”
Anoman memotong, “Kekuatan itulah kubu terampuh untuk kau hadapi Rahwana. Terpental dari sanubari yang jernih lantaran Rahwana dalam dirimu harus kau jinakkan terlebih dahulu. Itulah perjuangan yang amat besar.”
Gatotkaca mengeluh. Sejak pemergian ayahanda Bima, dia tidak lagi menjeling kesedihan yang sudah lama tertanggal dari jiwanya.
“Dan lagi, dua hubungan ini mesti berkesinambungan antara Pencipta dan manusia. Kedua-duanya harus seiringan dengan niat yang suci.”
Bayang 3
“Bagaimana pewayanganmu itu tekal dalam mempertautkan perhubungan sesama manusia? Patung yang tidak bernafas, tidak lebih dari belulang kering itu mampu menyawakan hubungan masyarakat?"
“Kenapa tidak? Bukan patung ini sahaja, bahkan iramanya mampu merengkuh manusia untuk hadir dan memperbaharui silaturrahim antara sesama. Kehadiran adalah manifestasi perhimpunan jiwa yang dihubungkan oleh Allah tanpa perlunya pada kata dan bicara kadang kala.”
“Kau fikir ini sesuatu yang sakral?”
“Ya, sudah tentu. Bahkan hasil perkumpulan ini dapat kusuntikkan tatakerama, zat jiwa, nilai yang baik serta budaya kemasyarakatan melalui watak-watak yang melayang di kelir. Sebab itu gelaranku Dalang.”
Jamian tidak berputus asa. Dia fikir sahabatnya harus disedarkan dari lena yang panjang. Kebijaksanaan harus diterjemahkan melalui materi yang berdiri tegak, bukannya dalam dunia mitos dan fantasi pewayangannya.
“Dalang?”
Amin mengambil Gunungan. Pandangannya merinci setiap lakaran yang terukir padanya. Lakaran yang menggambarkan nyalaan api dan mengandung makna tersirat, ilham kreatif Sunan Kalijaga yang disampaikan oleh Dalang melalui penceritaannya. Lambang pengharapan, sumber hidup dan penghidupan. Hebat sekali hidayah Tuhan! Amin tunduk, terharu.
“Ya, dalang itu bermaksud yang ‘menunjukkan’. Umpama menunjukkan ‘jalan’ kepada sesiapa yang ingin memahami erti kehidupan ini. Ia adalah refleksi kehidupan diri sebagai individu, masyarakat dan hubungannya dengan Tuhan. Cantik bukan?”
Jamian menggeleng, dia masih tidak mengerti temannya yang satu ini namun bertuah amat kiranya syarikat memiliki dia. Berfalsafah tinggi dan punya karisma yang hebat dalam mempertahankan apa yang diyakininya.
“Begini, kau kerja dengan kami. Pewayangan itu kau teruskan seperti biasa.” Jamian cuba memujuk Amin. “Kau tidak perlu tinggalkan pewayanganmu. Ya, dengan itu dua pendapatan mampu kau perolehi sekaligus. Bagaimana?” Sambungnya lagi.
Amin menyandarkan Gunungan di sebelah Gatotkaca. Hatinya resah.
“Kau lihat ini. Namanya Anoman. Setianya tidak terkatakan lagi, hikmatan yang tidak tersangkal lagi. Bawah sedikit statusnya dari Semar. Dia adalah panglima agung dalam epik Ramayana. Sekali-kali tidak membiarkan dirinya ditakluki oleh sesiapa, keadilan adalah tujuan hidupnya. Memerangi kebatilan matlamatnya.”
Keyakinan Jamian untuk mengajak Amin bekerja dengannya bagaikan dirampas oleh bicara yang tersirat.
“Apakah Anoman tega membiarkan negaranya terkulai di tangan kemajuan tanpa pembelaan?" Kilas katanya membuat Amin tertegun seketika.
Anoman tiba-tiba beku di tangan Amin, perlahan diletakkan watak panglima itu di sisi Semar.
Bayang 4
“Kau masih tidak mengerti Gatotkaca. Kebebasanku bermaksud mencari erti kehidupan. Perang, hanyir darah serta jerit tangis amat memualkan. Jemu sudah memanjat hatiku. Aku sudah letai mengusung bebannya di pundak ini kerana perang ini meripuhkan kita, lantas melupakan ‘perang’ yang satu lagi.” Anoman meluahkan sisi jiwanya yang sebenar.
“Tapi perang untuk merebut Astina belum berakhir. Sepuluh hari berlalu, namun tiada tanda siapakah wiranya.”
“Begitu juga dengan perangku sendiri. Masing-masing punya perang, sahabatku. Keduanya saling membawa kegemilangan. Tapi perang aku mengembalikan nostalgia pra- usul kejadian insan.”
Galau dibuatnya. Gatotkaca menghampiri Anoman, ditemukan dahi. “Ketumbukan laskar sudah lelah memanggil namamu, Anoman. Bagi mereka, kau adalah azimat penguat semangat ketika berhadapan dengan tentera Rahwana. Tenteranya sudah melewati garis kemenangan.
Kerancuan tentera bermakna tewasnya kerajaan agung Bima. Dan kau perlu berada di situ, mengerti!”
Perlahan Anoman menjauhi Gatotkaca. Sahabatnya itu sudah dirasuk gusar sejak tadi. Apakah dia masih tidak mengerti pendirian ini?
“Apa lagi yang tidak hebat dalam negara ini? Kota dan kubu yang tinggi menyapa awan. Siasah sudah kuaturkan sejak mula bersanggit dengan Rahwana. Laksanakan sahaja seperti yang dirancang.”
“Tapi mereka memerlukan pimpinanmu!” Bentak Gatotkaca dengan harapan Anoman faham akan pendiriannya yang tegas. Dia tidak main-main. Ini soal nyawa yang dipajakkan di medan perang.
Langkah diatur. Tangan tergawang membuka tari purba titih menitih. Anoman tidak bergerak. Pengalaman berlegai dengan musuh mengajarnya untuk bertenang menghadapi suasana begini.
Bayang 5
“Kau sudah gila Jamian!”
Rumah itu bakal bergegar, namun pasaknya masih mampu menahan terjah dan sepak terajang dua perwira ini. Jamian mahu membuktikan dirinya masih kental dengan adat dan seni bangsa.
Jantung Amin berlari pantas, adrenalin segera menghentak kuat dan nadi berdenyut-denyut.
“Mahu mencuba?”
“Apa kau fikir tari dan buah ajaran Wak Reboh sudah terlerai di Sungai Seget? Hei ini keturunan Raden Anjesmoro! Pantang aku orang yang bacul sepertimu, kalah sebelum berjuang.”
Tersentak Amin, telinganya segera berdarah dilukai perkataan sedemikian rupa.
“Aku tidak bacul, hanya perjuangan kita berbeza.” Nadanya lirih menyimpan rahsia.
Amin memasang langkah. Tangannya dibuka memasang umpan. Di gelanggang Wak Reboh dahulu sama-sama bermandikan pasir menuntut pencak Cimande di Parit Tengah. Jamian memasang kekuda rendah. Lakunya merayap mencari ruang dan peluang untuk menyerang persis sang harimau memburu mangsa. Mujur ruang tamu rumah Amin agak lapang.
“Baiklah, persilakan wahai pendekar.”
Kendang, Saron dan Slendro bagaikan berlaga memperdengarkan irama perangnya. Irama purba menjelang dua nafsu yang bertarung.
Ting tang cak pung
Ting tang cak pung
Ting tang cak pung
Amin tenang. Tanpa bertangguh penumbuk sulong dihantar, Amin menggelek. Masih belum mahu membalas. Jamian terdorong sedikit dan mengilas penumbuknya mencari sasaran.
“Belum lagi Jamian, langkahmu sedikit sumbang barangkali.” Amin menepis lalu menjauhkan diri. Jamian memasang semula kekuda, dalam keadaan menanti.
“Kenapa tidak menyerang?”
“Sudah kukatakan bahawa aku hanya ingin menawan kota hatiku dengan ilmu dan amal, pewayangan sebagai simbol, bukan nafsu menjadi taruhan.”
“Baiklah pertahankanlah pewayanganmu itu dengan ini!” Meluncur pula buah keris, sepantas kilat Amin menangkap dan memulas tangannya ke belakang. Dia menebak Jamian, hampir sahaja dahinya menyinggah di bucu meja. Buah sempok titipan ajar-ajarnya memang berkesan.
“Memang langkahmu sumbang, Jamian. Tumbukan langsung tidak membawa impak, lemah bagai ayam yang tewas bersabung. Isinya memang sudah tenggelam di dasar Sungai Seget, yang tinggal hanya sarung.” Berhati-hati dia melonggarkan kuncian, mana tahu Jamian menghantar lagi buah yang seterusnya.
Jamian menyeka peluh yang mula berpangkal di dahi. Nafas turun-naik bagai ikan yang terdampar di daratan. Lama benar dia tidak berpencak. Wajahnya merona merah menahan penat sedang Amin tenang sahaja bagaikan tiada apa-apa.
“Kau… kau masih berpencak?” Putus-putus nafas Jamian.
Amin mengangguk.
Bayang 6
“Kau tidak perlu faham tentang diriku. Aku mencari diriku. Kenal-kenal akan dirimu, kias ibarat hendaklah tahu, kelak pulangmu jalan yang satu ke hadrat ilahi akan makrifahmu. Bukan susah, bukannya payah. Kalau iradat disiram sudah, jangan ditunggu jangan dilengah, biar pun punah. Kenal-kenal, biarlah selalu ingat, ingat mengingat jangan kau jemu.”
Gatotkaca membundarkan matanya. “Untuk apa, nah ini bukan dirimu?”
“Gatotkaca, kalau sudah kenal kelak, hatimu bagaikan perindu, tiada henti dayu-mendayu. Berserah jangan kepalang, biar luruh daging dan tulang. Jangan kau toleh lagi ke belakang, kelak ketemu pandang memandang. Selalu kuingat, kupesan, hidup ini sebagai insan, menyelam jauh di lubuk keinsanan, supaya bersujud di hadrat ketuhanan. Tiada daya upayaku. Aku mencari Semar.” Anoman melabuhkan punggungnya, rehat seketika. Menghilangkan lenguh yang mula merayap di kaki.
“Semar? Apa bicaramu ini Anoman? Sungguh kutidak mengerti kilas kata, madah indahmu ini.”
Kali ini giliran Anoman termenung. Berat benar untuk berkata, bagai tidak terluah rasanya. Dia menyeluruhi wajah Gatotkaca seraya berkata, “Ya, aku mencari Semar. Ia ada dalam diriku dan dirimu. Itulah pencarianku selama ini, bukan sengaja mahu menghindar perang. Dia tidak wujud dalam perang itu, hanya dalam peperangan dalam diri. Dia wujud.”
“Aneh kau ini.”
“Aneh bagi yang tidak mengerti dan juga kerana kau tidak memahami.”
Anoman membisik ke telinga Gatotkaca.
Bergelombang hatinya. Gelitar sudah jiwa Gatotkaca yang megah dan gagah tadi. Dia tunduk, silu menyapa. Ah, seorang panglima gagah berani sudah melunturkan aku dengan syair dan bait ‘perkenalan’. Dia terkesima.
Bayang 7
“Semarlah itulah jauhar dalam diri yang perlu ditemui. Itulah yang mengukuhkan jiwa terdalam kita dengan kekuatan yang ada dalamnya. Kias leluhur kepada kita untuk mencari.”
“Maafkanku Amin.” Air mata merangkak dari danaunya.
“Sebab itulah negeri bergelar Johor ini sempena perkataan jauhar yang bermaksud permata. Ada permata dalam negeri ini Jamian. Dalam diri kita pula, semar itulah jauharnya.”
“Meski tidak kufahami sepenuhnya tapi kukira itu sudah cukup.” Jamian tunduk, hatinya dicucuk syahdu. Entah dari mana hadirnya.
Amin mengambil saron, tangannya lembut menyapukan brasso agar lebih berkilat dan terserlah.
Saron diletakkan kembali ke bekasnya. Anoman dan Gatotkaca diawang-awangkan bagai wayang sedang beraksi. Sekejap-sekejap pandangannya menyeluruhi patung itu. Esok berdalang lagi di kota Jauhar sempena Hari Kemerdekaan. Khabarnya Kuda Kepang, Reyog dan Barongan juga ada. Amin menarik nafas kelegaan. Jamian memerhatikannya. Lalu kedua-duanya patung itu diletakkan di sebelah Semar. Semar yang perahsia, menyimpan bayang di tirai belulang.
Glosari:
Jauhar - perkataan Arab bermaksud permata, Johor.
Semar, Gatotkaca - Watak-watak dalam Wayang Purwo
Anoman - Juga disebut sebagai Hanuman, merupakan watak pahlawan dalam Wayang Purwo yang terkenal.
Rahwana - Watak antagonis dalam Wayang Purwo.
Astina - nama negeri dalam penceritaan Wayang Purwo.
Kendong, Saron, Slendro - peralatan dalam muzik Wayang Purwo.
Jamus Kalimasada - Hikmat/lambang pegangan yang diterjemahkan sebagai kalimah syahadat. Pemegang asalnya dikatakan adalah raja Yudistira yang bertemu dengan Sunan Kalijaga sebelum pulang ke rahmatullah dalam Hikayat Panji.

Labels:
2008 Mac 31,
BAYANG DI TIRAI BELULANG,
MM,
SERUNAI FAQIR
Subscribe to:
Posts (Atom)